Pelbagai aplikasi menjadi viral di media sosial menjadi minat dan hobi oleh netizen dan masyarakat dalam Malaysia. Masyarakat terutamanya golongan muda sering terpengaruh dengan aplikasi aplikasi ini yang pada awalnya hanya berniat untuk menjadikan hiburan namun hiburan yang diberikan mungkin dapat meruntuhkan akhlak generasi muda pada waktu ini.

Pada awalnya aplikasi yang amat popular di Malaysia adalah smule yang merupakan aplikasi yang membolehkan penggunanya berkaraoke melalui telefon pintar sahaja. Ianya menyebabkan beberapa orang artis lahir dari aplikasi ini seperti Khai Bahar yang meningkatkan popularity dengan aplikasi tersebut.

Namun baru baru ini semakin teruk kerana pembuat aplikasi telah melancarkan sebuah aplikasi Bigo live yang turut menjadi viral di laman sosial . Aplikasi tersebut membolehkan penggunanya merakamkan aksi live mereka kepada pengikut mereka secara live dan mereka mungkin dibayar sekiranya pengikut mereka mencapai jumlah yang tinggi.

Akibat dari aplikasi ini pelbagai cara digunakan oleh pengguna aplikasi ini untuk mendapatkan view yang tinggi demi menjana wang daripada aplikasi tersebut termasuklah bergelek dan melakukan tarian tarian lucah dihadapan ramai penonton penonton live mereka dan mereka mengaut hasil dari perbuatan tersebut.

Selepas Bigo, Timbul pula tiktok yang menjadi viral di laman sosial. Aplikasi tiktok ini adalah aplikasi alih suara yang turut digunakan oleh netizen namun ianya disalahgunakan oleh golongan muda terutama kaum wanita yang sering bergelek didalam aplikasi tersebut untuk mendapatkan tontonan yang ramai.

Ianya merupakan permulaan untuk meruntuhkan akhlah netizen yang terpengaruh dengan budaya tersebut yang seterusnya menyebabkan agama dan maruah diketepikan untuk meraih popularity yang sementara sahaja. Sebuah video beberapa orang gadis yang berpakaian baju kebaya yang menjadi viral di laman sosial dikutuk netizen apabila mereka dikatakan menari nari seperti monyet dan dikutuk oleh netizen kerana aksi mereka yang berlawanan dengan baju yang dipakai oleh mereka yang melambangkan seorang muslimah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *