Zizan Razak dan aktres cantik Mira Filzah pernah dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa apabila mereka dikatakan saling meluah rindu menerusi pos Instagram story masing-masing tidak lama dulu. Namun, perkara itu dinafikan kedua-dua mereka.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana perhubungan mereka berdua kerana kedua-dua mereka memilih untuk membuat peminat berteka-teki. Pun begitu, tweet Zizan semalam mungkin memberi hint mengenainya.

Tanya Tempat Best Dalam Perjalanan Ke Alor Setar

Mira menerusi Twitter bertanyakan followernya kawasan rawat & rehat (R&R) mana yang terbaik untuk disinggah kerana dia dalam perjalanan menuju ke Alor Setar, Kedah. Pelbagai jawapan diterima berdasarkan makanan yang terdapat di kawasan berkenaan selain kemudahan seperti surau dan tandas yang selesa.

Seorang netizen, Nabil Hussein kemudiannya secara berseloroh membalas mengatakan rumah ibunya adalah tempat yang dimaksudkan.

Ini Respon Zizan

Zizan kemudiannya dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan meminta individu tersebut untuk turut berkongsi lokasi rumah individu berkenaan untuk dia turut sama datang dan berkenal-kenalan. Walaupun mengggunakan ‘Pencetus Ummah’ (PU) pada pangkal namanya, netizen berkenaan dipastikan bukanlah peserta mana-mana program realiti agama.

Meskipun dilihat hanya gurauan semata, tweet balas Zizan berkenaan mengundang perhatian netizen dan setakat ini meraih lebih 2500 retweet dan 1600 likes di laman sosial itu.

Zizan Marah Bai

Mungkin Mereka Ingin Membawang

Sumber : OhBulan! via BeritaSteady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *