Salah satu cara yang membuktikan tahap kreativiti seseorang pembuat filem mahupun jurugambar itu adalah jika mereka boleh menghasilkan produk akhir yang bagus tanpa menggunakan bajet yang tinggi.

Terbaru, sebuah studio di China telah mengongsikan adegan di sebalik tabir mengenai cara mereka menghasilkan iklan makanan. Dalam video tersebut, mereka telah menunjukkan bagaimana kreativiti boleh menjadikan sesuatu produk itu sangat menakjubkan.

Video tersebut berjaya meraih lebih daripada dua juta tontonan di Facebook dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang mengagumi bakat mereka dan anda juga tidak menyangka betapa mudahnya barangan yang digunakan untuk menghasilkan iklan TV yang sangat baik.

Video ini turut mendedahkan tips dan helah yang boleh penonton gunakan untuk menghasilkan produksi amatur mereka sendiri pada masa hadapan.

Misalnya, jika anda diberikan tugasan untuk menghasilkan video oleh pensyarah, anda mungkin boleh menggunakan idea-idea ini di dalam penghasilan tugasan tersebut.

VIDEO :

Sumber : EraBaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *