Skuad Malaysia ke Sukan Asia 2018 menempuh detik pahit tempoh hari apabila juri acara silat berat sebelah sehingga pesilat kita, Mohd. Al Jufferi Jamari bertindak menarik diri dari acara kelas E. Sehubungan itu, Malaysia kehilangan sebutir emas untuk dibawa balik.

Seperti menebus maruah kekalahan itu, pasukan takraw negara beraksi cemerlang menewaskan pasukan tuan rumah sekaligus meraih emas untuk Malaysia siang tadi.

Penantian 24 tahun berakhir

Aksi penuh dramatik pasukan negara dianggotai Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Norhaffizi Abdul Razak, Farhan Adam dan Azlan Alias itu bermula lesu apabila kecundang 18-21. Malaysia hampir di ambang kekecewaan apabila ketinggalan 11-15 namun mereka bangkit melawan dan unggul menamatkan set kedua dengan 22-20.

Libasan emas terakhir yang memastikan emas milik Malaysia mengundang tangisan kegembiraan jurulatih, atlet selain penonton yang turut sama hadir memberi sokongan.

Sumber: Khairi Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *