Viral di laman sosial video atlet papan selaju negara, Fatin Syahirah Roszizi yang dikecam hebat netizen kerana aksinya yang dikatakan kurang memuaskan. Dalam video berkenaan Fatin dilihat terjatuh beberapa kali ketika beraksi di Sukan Asia Palembang itu.

Setelah pelbagai hentaman dan kecaman diterima, Fatin kemudiannya memadam semua gambarnya di Instagram. Terbaru dia memuatnaik post mengatakan penghargaan buat mereka yang masih menyokongnya.

Luah rasa terima kasih atas sokongan diterima

Dalam posnya, Fatin berterima kasih kepada penaja, rakan-rakan dan keluarga selain rakan-rakan skater dari seluruh negara yang tidak henti-henti menyokongnya. Dia turut mengatakan akan kekal berusaha gigih demi kejayaan.

Skater pro pun komen!

Skater profesional Tony Hawk dilihat meninggalkan komen berupa kata-kata semangat untuk Fatin di pos itu. Antaranya Tony berpesan supaya Fatin tidak putus asa kerana menurutnya jika dia (Tony) mendengar kata-kata haters, sudah tentu dia berputus asa lebih awal.

Tambah Tony, haters hanya menyatakan apa yang mereka tidak miliki pada Fatin kerana mereka tidak seberani gadis itu mencapai impian. Ujar Tony lagi, Fatin akan menjadi inspirasi buat generasi muda Malaysia.

Yuna & Zahiril Adzim pun beri sokongan

Turut tidak ketinggalan adalah Yuna yang sebelum ini membuat surat terbuka kepada Fatin supaya cekal menghadapi ujian yang melanda. Aktor berkarakter, Zahiril Adzim juga meninggalkan komen positif untuk Fatin.

Netizen seru tidak putus asa

Sumber: Fatin Syahirah Roszizi via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *