Mungkin masih ramai lagi tidak mengenali pelakon muda kelahiran Singapura, Hannah Delisha yang mula mencipta nama dalam industri seni tanah air di negara ini.

Malah, nama beliau yang semakin dikenali selepas membintangi drama Mencintaimu Mr. Photographer arahan Eyra Rahman sentiasa mendapat ribuan tanda suka setiap kali memuat naik gambar di Instagram.

Terbaru, pelakon berusia 21 tahun itu memuat naik sebuah video yang kelihatan sedang menari tarian #3bearssongchallenge untuk mencabar rakan artisnya, Nurshazwani Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Cik Manggis serta peminatnya.

VIDEO :

Ramai yang memuji tarian tersebut kerana kelihatan sangat comel apabila badannya dilenggokan mengikut rentak muzik.

Comel gile gile gile

Why so cute?

Sumber : Instagram Hannah Delisha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *