PENYANYI popular, Siti Nordiana tidak pernah menyembunyikan kewujudan anak bekas arwah suami, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop iaitu Muhammad Raqqim Fyzal, 7, kepada anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 10.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 34, berkata, sejak kelahiran Raqqim dia sudah berkongsi perkara itu dan gembira hubungan kedua mereka akrab hingga sekarang.

“Selepas arwah meninggal, Raqqim pun lahir. Ketika itu saya beritahu Rayyan yang dia ada adik. Rayyan sangat gembira dan menyayangi adiknya.

“Walaupun tidak tinggal bersama, tetapi mereka kerap berjumpa. Kalau kebetulan saya dan isteri arwah iaitu Rosmunira Rashid menghantar anak ke rumah mak arwah, jadi mereka berjumpa di situ.

“Apatah lagi, bekas keluarga mentua juga jenis menjaga silaturahim. Walaupun saya dan arwah bercerai, mereka tidak menganggap saya orang asing dalam hidup mereka. Disebabkan itu kami baik sampai sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Nana yang juga pelakon Klik Pengantin Musim Salju berkongsi gambar bersama Rayyan dan Raqqim di Instagram beserta kapsyen ‘2 Hero Mama’.

Nana berkata, dia dan Rosmunira juga sering berhubung malah berharap hubungan mereka terus dipelihara meskipun masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Sejak kali pertama berjumpa, saya sudah melupakan semua yang terjadi. Saya okey saja dan kami terus berhubung. Kalau nak jumpa di luar memang susah, jadi rumah mak arwah tempat kami selalu berkumpul.

“Macam semalam, kami pergi melawat mak arwah yang kurang sihat. Jadi, kami berjumpa di situ dan saling berkongsi cerita,” katanya.

Nana dan arwah Faizal berkahwin pada 29 April 2006 sebelum bercerai pada 14 September 2009.

Arwah Faizal kemudiannya berkahwin dengan Rosmunira Rashid pada 2010 sebelum meninggal dunia pada Januari 2011.

Ketika itu, Rosmunira mengandung lima bulan.

VIDEO :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : 90Minit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *