PENYEBARAN video majlis perkahwinan seorang wanita yang dihadiri Datuk Seri Siti Nurhaliza viral di media sosial gara-gara pengantin perempuan dikatakan memberi reaksi kurang senang dengan tumpuan tetamu terhadap penyanyi terkenal itu.

Reaksi wanita itu segera mendapat perhatian netizen yang memberikan komen negatif kepada pengantin yang dikenali sebagai Siti Fairuz tanpa mengetahui situasi sebenar.

Pengurus Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak yang memuat naik video berkenaan di Instagram miliknya menjelaskan penyebaran rakaman majlis perkahwinan itu sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Jelas Rozi, Siti Fairuz atau mesra disapa CF merupakan salah seorang kakitangan kepada penyanyi itu dan kehadiran Siti Nurhaliza ke majlis tersebut merupakan undangan daripada pengantin.

Rakaman menunjukkan Siti Nurhaliza menjadi tumpuan tetamu ketika menghadiri majlis perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

Video ini dikatakan telah trending dan viral, diambil dari IG saya (walaupun tak dinyatakan kredit atau sumber video), saya yang upload.Dalam video tersebut saya ada cakap (walaupun tak berapa nak dengar) CF muka risau sebab biasa dia yang jaga boss. Sesiapa yang viralkan video ini anda tidak bertanggungjawab dalam beberapa perkara dan telah membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin khususnya. Ini bagi saya tidak adil kepada pengantin iaitu Siti Fairuz @cteafairuz yang kami panggil CF. Video ini trending di youtube dan dipanjang-panjangkan ke sosial media, dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal. 1. CF adalah colleague saya dan staff @ctdk. Dia lebih maklum hal mengenai @ctdk, dia menjaga @ctdk selama ini dan tidak timbul soal-mengapa ajak @ctdk? Pengantin tak jadi tumpuan, pengantin tak laku, pengantin cuak! Ada yang kata, lain kali jangan ajak @ctdk dan sebagainya. Anda harus tahu, @cteafairuz menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa tanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staff kepada @ctdk dan tentunya dia mahu memastikan @ctdk dapat menjamu selera dengan selesa. Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran @ctdk kerana anda tidak tahu, betapa besar harapan @cteafairuz untuk @ctdk hadir ke majlis beliau. 2. Sebagai orang yang menularkan video ini, dengan caption seolah-olah mempermainkan pengantin, anda tidak menerangkan siapakah pengantin, apakah hubungan pengantin dengan @ctdk atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton, dapat gambaran sebenar. Apa yang anda buat telah menyebabkan, macam-macam komen yang ‘memalukan’ serta menjatuhkan air muka pengantin. 3. Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan ini kerana video tersebut saya yang upload dan saya sendiri berkata bahawa CF risau sebab selalunya dia yang menjaga boss atau @ctdk. 4. Satu hari yang menggembirakan pengantin menjadi satu momen yang memalukan dengan apa yang anda sudah lakukan. 5. Saya tujukan kepada semua admin youtube dan media sosial yang telah mengambil sebahagian video dari IG saya dan membiarkan netizen memberikan komen yang sangat negatif untuk dibaca. #ilmumediasosial

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

“CF ialah staf Siti dan dia yang menjaga dan menguruskan Siti selama ini, jadi tak timbul soal mengapa ajak Siti ke majlis perkahwinannya.

“CF menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa bertanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staf tentunya dia mahu memastikan Siti dapat menjamu selera dengan selesa.

“Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran penyanyi itu kerana anda tidak tahu, betapa besar harapan dia untuk Siti hadir ke majlis itu,” tulisnya di laman Instagram pada Rabu.

Sementara itu, Rozi turut meluahkan rasa terkilan apabila ada netizen memberikan komen-komen negatif kepada pasangan tersebut tanpa mengetahui hubungan sebenar pengantin dengan penyanyi popular itu.

Pengantin perempuan iaitu Siti Fairuz merupakan salah seorang kakitangan Siti Nurhaliza.

“Sebagai orang yang menularkan video ini, dengan kapsyen seolah-olah mempermainkan pengantin, anda tidak menerangkan siapakah pengantin, apakah hubungan pengantin dengan Siti atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton dapat melihat gambaran sebenar.

“Apa yang anda buat (tularkan video) telah menyebabkan pelbagai komen memalukan serta menjatuhkan air muka pengantin.

“Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan ini kerana video tersebut saya yang muat naik dahulu dan saya sendiri berkata bahawa CF risau sebab selalunya dia yang menjaga bos,” ujarnya.

Video dan kapsyen yang dimuat naik Rozi menerusi Instagram peribadinya itu diulang siar semula di akaun Siti Nurhaliza dan menerima lebih 200,000 tontonan dan lebih 500 komen pengikut.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *