Baru-baru ini, Viral seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Fattah Anas apabila video yang dirakam secara suka-suka oleh bapanya mendapat perhatian netizen.

Kini Fattah Anas menjadi bualan ramai netizen kerana kecomelan serta kepetahannya berkata-kata. Kanak-kanak yang pada mulanya tular kerana videonya menyamar sebagai kucing dan berada dalam sangkar telah mencuit hati ramai pengguna di laman media sosial.

Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya sendiri seperti anak-anak artis terkenal tanah air.

Mungkin tujuan bapa Anas sekadar suka-suka sahaja untuk merekod aktivitinya bersama anak namun tidak menjangkakan videonya itu apabila dimuat naik ke facebook dan instagram mendapat perhatian dari peminat dan mula terhibur dengan keletahnya.

Video yang sahaja baru dimuat naik di instagram Anas betul-betul membuat netizen cemburu. Video tersebut merakamkan Anas dikelilingi beberapa orang gadis yang cantik.

VIDEO:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Ig FattahAnas

Gelagat budak berlagak kucing pikat hati netizen

SUSULAN video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.

Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.

Kini, aktiviti yang dilakukan anak beranak itu yang dimuat naik ke laman sosial oleh bapanya di laman sosial Facebook Fattah Anas dan Instagram abamfifi mula dikuti netizen.

Terdapat juga satu video yang tidak kurang lucunya apabila bapanya bertanya berkenaan jagung mainan tetapi dijawab sebagai udang sehingga mengundang hampir 5,000 ‘like’ dan mendapat ribuan komen.

“Ini udang”… (mengundang gelak bapa dan ibunya)

“Ini bukan udang, (ini) ni kuda” kata bapanya.

Tetapi kanak tersebut memarahi bapanya dalam nada pelat dan menyuruh bapanya makan udang itu.

“Apa papa ni, udang… nah maman”.

Ramai netizen yang mengelarkan mereka berdua sama-sama loyar buruk.

Malah kini, aktiviti yang dilakukan anak beranak itu yang dimuat naik ke laman sosial Facebook Fattah Anas dan Instagram abamfifi dikuti netizen.-SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *