Penampilan baru Janna Nick yang berambut pendek hari ini telah menimbulkan banyak spekulasi tentang dirinya. Jika sebelum ini Janna Nick mula muncul dalam industri hiburan di Malaysia dengan imej feminin dan makeup yang minimal, namun hari ini gaya yang ditampilkannya agak boyish dan bersahaja. Ramai yang merindukan dirinya yang dahulu, berambut panjang dan manis bila dipandang.

Kini, Janna Nick kelihatan selesa berambut pendek selepas beberapa watak yang dilakonkannya memerlukan dirinya jadi seperti jantan. Terbaru, watak Leftenan Zana yang dilakonkan Janna Nick selepas cerita Coffee Prince telah membuatkan netizen melabelkan dirinya seperti seorang lelaki.

Sejak jadi #leftenanzana tangan pun dah berurat!

Semalam, Janna Nick telah berkongsi sebuah gambar di Instagram dengan caption ‘miss me not?’. Gambar tersebut meraih lebih 100 ribu likes beserta komen-komen netizen yang kebanyakkan mempersoalkan tentang imej terbarunya. Rata-rata mereka menyatakan Janna Nick kini sudah seperti seorang lelaki. Tidak kurang juga yang memujinya dengan gelaran kacak, handsome, sado, dan sebagainya.

Dah macam Lee Min Hoo

Sado nye

U look smart Leftenan

Dah macam lelaki aku tengok kau

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram jannanick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *