Indonesia Idol Junior merupakan rancangan pencarian bakat nyanyian di Indonesia. Pencarian bakat ini diadakan dua tahun sekali sejak tahun 2008 dan menjadi salah satu rancangan realiti yang terbesar di negara tersebut.

Baru-baru ini, seorang peserta iaitu Nashawa Zahira mendapat perhatian masyarakat semasa mengikuti uji bakat Indonesian Idol Junior kerana nyanyian serta penampilannya yang membuatkan semua orang terpesona apabila melihatnya.

Gadis cantik ini yang berusia 13 tahun ini berkata dia selalu membuat latihan nynyian di rumahnya dan selalu menyertai pertandingan di sekolah. Nyanyian Nashwa yang mantap itu mampu membuat juri Rizky Febian terpikat serta pengsan pada akhir uji bakat. Rizky juga sempat mengusik Nashwa dengan memberi pick up line sebelum dia membuat persembahan.

kamu ada keturunan arab?

Tiada.

kamu ada keturunan india?

Tiada.

kamu keturunan masa depan aku..

Hal ini mencetuskan kemeriahan di set uji bakat tersebut.

Bukan itu sahaja, Maia Estianty yang juga menjadi salah seorang juri itu turut terpikat kepadanya sehingga ingin menjodohkannya dengan salah seorang anaknya.

Video uji bakat Nashwa Zahira juga bukan sahaja trending di Indonesia malah di luar negara termasuklah Malaysia, Hongkong, Singapura dan Taiwan.

Video yang dimuat naik di laman Youtube oleh Indonesian Idol Junior ini telah mendapat tontonan mencecah hampir 5 juta dalam masa dua hari sahaja.

VIDEO :

Komen daripada netizen juga turut mengatakan bahawa Nashwa Zahira bukan sahaja mempunyai suara yang merdu malah dia juga memiliki rupa paras yang cantik sehingga mencairkan hati juri.

Sumber : Youtube Indonesian Idol Junior

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *