Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah untuk bertutur, lambat atau pelat bercakap?? Kami ada sebuah video yang ingin dikongsi bagi membantu permasalahan ini.

Kanak-kanak yang sedang membesar ada kalanya sukar untuk menyebut perkataan-perkataan dengan betul dan jelas. Ibu bapa dan orang dewasa juga ada kalanya sukar untuk memahami pertuturan kanak-kanak.

Dalam kajian juga, pakar menemukan beberapa alasan mengapa seorang dewasa perlu bercakap dengan jelas dan bukannya dengan ‘bahasa anak kecil’ apabila berkomunikasi dengan mereka, antaranya ialah agar anak-anak ini dapat bertutur dengan lancar dan memahami apa yang disebut.

Ibu bapa juga mesti segera bertindak sebaik saja mengesyaki anak mereka mengalami masalah pertuturan kerana ia mungkin petanda kepada masalah lain yang lebih serius seperti pendengaran, autisme atau masalah tumpuan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Weiss (1982), Beliau mencadangkan bahawa pertuturan kanak-kanak sepatutnya:

26-50% difahami pada usia 2 tahun.
51-70% difahami pada usia 2 tahun 6 bulan.
71-80% difahami pada usia 3 tahun.
Manakala menurut formula yang dikeluarkan oleh Dr Peter Flipsen Jr, yang juga turut digunakan oleh SLP / SLT sebagai panduan untuk mengukur tahap kebolehfahaman (intelligibility) bagi kanak-kanak ketika bercakap dengan orang tidak dikenali (strangers), beliau mencadangkan bahawa:

Umur dalam tahun / 4 x 100 = % difahami oleh orang yang tidak dikenali.
Umur 1 tahun = 1/4 atau 25% difahami.
Umur 2 tahun = 2/4 atau 50% difahami.
Umur 3 tahun = 3/4 atau 75% difahami.
Umur 4 tahun = 4/4 atau 100% difahami.
Perlukah Kita Memperbetulkan Kesalahan Sebutan Anak?

Kanak-kanak dengan masalah pelat selalunya merasa self-conscious semasa bercakap dan perbuatan kita melakukan pembetulan kepada sebutan mereka setiap kali akan menyebabkan mereka tidak mahu bercakap lagi.

Di sini disertakan beberapa tips untuk membantu kanak-kanak dengan masalah pelat ini.

Perkara yang utama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan nasihat dari Terapis Pertuturan-Bahasa berkenaan bagaimana untuk melatih pertuturan kanak-kanak di rumah.

Ini akan menentukan bila, bagaimana dan sebanyak mana latihan yang perlu dilakukan. Terapis Pertuturan-Bahasa akan memberikan cadangan yang spesifik tentang bagaimana untuk membetulkan kesalahan sebutan anak anda

Untuk permulaan terapi, apa yang biasanya disarankan adalah ibu bapa hanya membetulkan sebutan kanak-kanak dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan.

Tetapkan masa yang sesuai setiap hari (dalam 10-20 minit) untuk “masa bersama ibu/bapa” untuk berlatih menyebut bunyi pertuturan. Beri tahu / jelaskan terlebih dahulu kepada anak anda berkenaan masa dan latihan yang telah ditetapkan tersebut.

Semasa latihan, gunakan bahasa dan penerangan yang positif apabila membetulkan kesalahan. Sebagai contoh, daripada kita menggunakan “salah, cuba lagi”, kita boleh menggunakan ayat seperti “bagus..mama nampak lidah adik keluar masa sebut /s/, sekarang kita cuba sebut /s/ dengan lidah kat dalam mulut pula”.

Setelah anak anda boleh menyebut bunyi yang diajarkan dalam masa latihan yang ditetapkan, galakkan mereka untuk menggunkan bunyi tersebut di luar masa latihan dengan mencari beberapa perkataan yang sesuai pada hari tersebut.

Sebagai contoh, jika anda sedang mengajar bunyi /s/ kepada anak anda, perkataan yang boleh digunakan adalah seperti /sudu/ semasa makan. Beri tahu pada anak anda yang anda ingin mendengar dia menyebut bunyi /s/ yang betul pada waktu makan. Minta anak anda untuk menyebutnya dan berilah pujian setiap kali dia menyebutnya dengan betul.

Selalu tekankan dan jelaskan apa yang telah disebut dengan betul. Sebagai contoh, jika anda mendengar anak anda menyebut /s/ dengan betul ketika berbual, berilah pujian seperti “wah, mama dengar adik cakap /s/ dengan jelas”.

Di akhir terapi, anda akan diminta untuk memantau sebutan anak anda diluar masa latihan. Ini adalah penting untuk membantu kanak-kanak untuk membuat generalisasi dan menggunakan bunyi sebutan yang betul dalam perbualan harian mereka.

Dapatkan nasihat dari Terapis Pertuturan-Bahasa anak anda tentang cara yang specifik untuk memantau pertuturan mereka dengan cara yang betul.

Perlu diingat disini adalah, tujuan utama adalah untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika anda was-was mengenai perkembangan pertuturan anak anda, dapatkan nasihat dan konsultansi daripada Terapis Pertuturan-Bahasa berdekatan anda.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah untuk bertutur, lambat atau pelat bercakap?? Kami ada sebuah video yang ingin dikongsi bagi membantu permasalahan ini. Sebenarnya, masalah ini insyaAllah boleh diselesaikan dengan menggunakan teknik urutan rangsangan pada kanak-kanak. Nak tahu lebih lanjut, korang kena tengok video ni:

Urutan rangsangan bagi anak-anak yang mengalami masalah pertuturan, speech delay dan pelat..Teknik ini akan lebih berkesan bila disertai dengan Brain Gym dan Brainwave Teraphy.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *