Mira Filzah mahukan lelaki baik hati sebagai pasangan hidupnya kelak.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkongsi kriteria utama itu bagi menjawab pertanyaan peminat di Instagram.

Ketika dihubungi, Mira menjelaskan kriteria itu bukan ditujukan kepada mana-mana lelaki sebaliknya dijawab secara umum.

“SOALAN INI DARIPADA ‘ASK ME QUESTION’ DI INSTAGRAM STORY. JADI IA SEKADAR SUKA-SUKA TERMASUKLAH SOALAN MENGENAI CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN SAYA

“JAWAPAN DIBERIKAN SECARA UMUM DAN TIDAK ADA KAITAN DENGAN MANA-MANA LELAKI YANG SAYA KENAL BUAT MASA SEKARANG. “MEMANG KETIKA KECIL DULU, KITA ADA LELAKI IDAMAN. ADAT KANAK-KANAK SUKA BERANGAN. APABILA SEMAKIN DEWASA, KITA TAHU APA CIRI YANG PERLU DIUTAMAKAN,” KATANYA

Ditanya sama ada dia sudah bertemu dengan lelaki idamannya, Mira yang juga pengacara program Nona enggan mengulas lanjut.

“JUMPA ATAU BELUM, HANYA ALLAH SWT YANG TAHU. SELAGI BELUM KAHWIN, BIAR IA JADI TANDA TANYA. “BUAT MASA SEKARANG, SAYA TIDAK ADA APA NAK KOMEN. APA YANG PENTING PASANGAN HIDUP SAYA NANTI BAIK HATI,” KATANYA.

Menerusi jawapan dimuat di IG miliknya, Mira turut mengulas tidak ada manusia yang sempurna.

“KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SEMUA ORANG ADA. TIDAK ADA YANG SEMPURNA. “TAPI SAYA SEDAR, APA YANG LEBIH PENTING ADALAH HATI YANG IKHLAS,” TULISNYA.

Ok sekarang dh tahu lah ciri-ciri lelaki idaman Mira Filzah. Korang ada yg mcm ciri-ciri tu tak?

VIDEO :

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *