Throwback Gadis Cina ini bernama Lau Wan Yin merupakan peserta Asean Wave 2012 yang dijuarai oleh Shila Hamzah .

Apa yang menariknya gadis cina ini membawa lagu ‘ Bukan Cinta Biasa’ nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza dengan membuat persembahan dengan memakai pakaian Kebaya Nyonya berwarna pink.

au Wan Yin, maaf kami kurang mengenali artis Cina, tetapi penampilannya di pertandingan Asian Wave tersebut benar-benar menyentap jiwa.

Lebih-lebih lagi kala membawakan lagu Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh penyanyi tersohor negara iaitu Dato Siti Nurhaliza. Menyarungkan pakaian kebangsaan negara iaitu kebaya pendek, Lau Wan Yin kelihatan cukup manis tatkala menyampaikan lagu berkenaan.

Malah, persembahannya juga boleh tahan menarik walaupun penguasaan bahasa Melayu sedikit terkucil. Tapi yang penting, dia dapat menyampaikan lagu Bukan Cinta Biasa itu dengan baik. Feelnya pun ada. Begitu juga dengan lenggoknya.

Tidak hairanlah mengapa persembahannya menerusi lagu tersebut memperolehi carian yang agak tinggi di dalam Youtube.

Sumber : jombaca/ERA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *