Siapa tidak tahu dengan pasangan kembar autism Azal dan Azil, anak kepada pelakon Zarina Zainuddin. Menerusi Instagram pelakon itu, dia rajin berkongsi video tentang telatah anak-anak istimewanya. Daripada video-video tersebut, boleh kita lihat bermacam-macam ragam ditunjukkan mereka. Adakalanya baik, namun ada masanya menunjukkan tantrum sehingga menakutkan Zarina sendiri.

Baru-baru ini di Instagram Zarina, dia ada berkongsi video Azal dan Azil ketika kedua-dua anaknya itu sedang makan di dapur. Tapi ini respon yang diberikan Azal..

Jangan kacau saya dan azil makan ibu – Zarina Zainuddin

Video:

Dalam video itu, kedua-dua beradik itu sedang makan di dapur dan Zarina memanggil nama Azal beberapa kali dengan nada bersahaja. Azal yang sedang makan sambil melihat telefon hanya membuat isyarat tangan menyuruh ibunya keluar dari situ. Namun, Zarina masih galak memanggilnya sehinggakan Azal hampir bangun untuk menyuruhnya menjauhi.

Video itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menganggap video itu sebagai tujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang anak-anak autism. Ramai juga di antara mereka yang tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat buat Zarina dan memuji wanita itu kerana cekal dan sentiasa sabar melayan anak-anak istimewa ini.

Dia siarkan cerita supaya jadi teladan pada kita

Semoga puan tabah. Setiap post adalah sebagai satu sesi pembelajaran

Saya tahu dunia autism sebab Kak Zarina. Setiap videonya sangat membantu

Azal pandai control diri. Tapi kalau Azil mengamuk memang takleh bawak bincang

Sumber: zarinazainuddin_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *