Semalam, pelakon, Tya Ariffin memuat naik fotonya bersama Siti Aafiyah yang menunjukkan anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bertudung.

Anak siapaaa ini Ya Allaahhh Masyaallaaaahh @ctdk,” tulis Tya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, kelihatan Siti sendiri memberikan komen mengatakan bahawa senyuman Aafiyah sama dengan ayahnya.

Hahahaha…senyuman ayah tu,” tulisnya.

Selain Siti, kelihatan rakan-rakan artis turut sama meninggalkan komen memberikan pujian kepada Aafiyah yang kelihatan sangat manis bertudung.

Dalam pada itu, para netizen juga turut sama meninggalkan komen pujian kepada Aafiyah.

Alahai, rasanya macam baru semalam Aafiyah dilahirkan, sekarang dah anak dara dah… memang comel sungguh Aafiyah dalam foto itu kan?

Foto/Instagram: Tya Ariffin, CTDK via media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *