PETALING JAYA: Rakaman umpama sketsa berunsur dakwah menyentuh isu lesbian, g*y, bisek*ual dan transgender (LGBT) tular di media sosial sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Video berdurasi empat minit 46 saat yang padat dengan maksud tersirat itu ditonton sebanyak 352,355 kali di YouTube dalam tempoh 24 jam.

Karya yang turut dilakonkan oleh Bazli Hazwan daripada kumpulan Unic itu juga menyelitkan isu sumbang mahram, masalah sosial pelajar sekolah, undang-undang agama Islam dan institusi raja-raja.

Video bertajuk ‘Islam Y*hudi – Bobo Dimana’ tersebut disampaikan secara berjenaka, sekali gus menarik perhatian umum.

Seorang pelayar YouTube, Abdillah Habshi memuji: “Kerja yang bagus! Satu cara yang kreatif untuk berdakwah. Saya dari Singapura.”

Pemilik akaun Wouw Video pula berkata: “Saya orang Indonesia sangat takjub melihat isi video ini sangat berkualiti, pesan-pesan dalam video ini dengan mudah disampaikan kepada semua orang.”

Sementara itu, pengarah agensi pengiklanan Cocombee International Sdn Bhd yang hanya ingin dikenali sebagai Kokom berkata, isu yang dimainkan dalam video tersebut sebenarnya sudah lama diminta oleh pengikut setia saluran YouTube MrKokom.

“Orang ramai dah lama minta saya bahas isu berkaitan L*BT.

“Pada awalnya, saya tak berani nak bahas kerana ia isu yang sensitif dan kalau tak kena cara, takut dikecam balik,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Menurut Kokom yang memainkan watak utama dalam sketsa tersebut, semakin ramai umat Islam yang lantang memperjuangkan hak asasi golongan tertentu sehingga melampaui batas agama.

“Isu macam ni sudah berlarutan dan semakin teruk sehingga timbul rasa saya perlu buat sesuatu menggunakan kapasiti yang ada.

Bazli (kanan) turut menjayakan satu watak dalam sketsa tersebut.

“Sebenarnya, tiada diskriminasi pun yang berlaku, mereka (golongan LGBT) hanya dapat kecaman.

“Kalau kita buat benda pelik pada mata masyarakat, maka kita akan dikecam lah,” jelasnya.

Tambah Kokom, dialog-dialog yang digunakan dalam video tersebut adalah ayat lazim yang biasa digunakan oleh sesetengah pihak bagi menjustifikasikan kesalahan mereka.

Baginya, cabaran utama ketika menghasilkan video itu adalah menyusun plot cerita agar 90 peratus daripada kandungan klip tersebut diterima secara positif.

“Kalau silap analogi, bercakap tanpa fakta dan tidak berlandaskan apa yang berlaku pada zaman sekarang, video kami akan jadi ‘pointless’ dan memakan diri,” ujarnya yang banyak menghasilkan video berunsur dakwah.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *