Burung kakak tua adalah salah satu burung yang mempunyai bulu yang cantik dan berwarna-warni. Spesis burung ini juga pintar dan mencuit hati kerana ia mampu untuk bercakap, menyanyi dan meniru gaya. Tak hairanlah ada yang sanggup membelinya dengan harga yang sangat mahal untuk burung kakak tua yang sudah dilatih untuk bercakap.

Seperti kanak-kanak, anda harus berhati-hati bercakap sesuatu di hadapan burung ini. Ucapan kurang enak dan tidak sopan perlu dielakkan kerana jika silap langkah, burung ini akan mengajuk perkataan itu semula dengan nada yang kuat dan berulang-ulang. Ini kerana pemikiran burung yang menyerupai kanak-kanak ini tidak memahami apa yang diucapkannya.

Sumber: tube-viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *