Bila kita berbicara tentang kesenian mengikut pandangan Islam secara amnya, maka termasuklah ke dalam perbincangan kita keindahan dan kesenian yang berkait dengan ibadat seperti azan, bacaan Qur’an, syair-syair kerohanian, seni khat yang berkait langsung dengan penulisan Qur’an dan sunnah, senibina, seni perhiasan, seni berpakaian, seni persuratan, serta seni merancang kota (al-balad). Islam sebagai tamadun yang terpandu oleh ajaran Ilahi memancar segi-segi keseniannya yang tersendiri yang mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri yang memancar kebenaran-kebenaran Islam, samada secara langsung atau tidak langsung.

Selain daripada bacaan Qur’an yang merupakan ibadat yang tertinggi, yang perlu dilakukan dengan memahami maksudnya, maka seruan azan yang merdu merupakan kesenian suci yang terkait secara langsung dengan ibadat yang kemuncak dalam Islam, iaitu sembahyang yang merupakan munajat antara hamba dengan Tuhannya.

Seruan azan juga perlu dilakukan mengikut aturan tajwid dan juga alunan lagu yang sesuai dengannya mengikut tradisi taranum yang jelas dalam Islam.

Alunan suara azanlah yang menyebabkan almarhum Iqbal teringat kepada keindahan dan kehebatan masjid Cardova dalam baitnya walaupun dalam terjemaham inggeris :

Hidden in your dust are the marks of ardent prostrations. Your morning breeze carries within it the silent call of the muezzin to prayer. Your finger need once again the carmine touch of henna I have heard, and I have made others listen to me. But the heart’s consolation is not in seeing or listening

Terjemahannya : Tersembunyi dalam debumu tanda-tanda bekas sujud nan ghairah, Bayu pagimu membawa di dalamnya seruan muezzin di pagi sunyi, Jari-jemarimu sekali lagi lagi memerlukan sentuhan inai nan merah, Telah aku saksikan, dan telah aku dengarkan, dan telah aku jadikan orang lain mendengar kata-kata ku mendengarku tapi kebahagian hati bukan hanya dengan menyaksi atau melihat. ( Dari Iqbal Singh, The Ardent Pilgrim)

Seni suci dalam azan nan merdu menjagakan manusia yang lalai dan membawa mereka ke Hadhrat Ilahi. Kalau al-Qur’an menyedarkan manusia kepada panggilan ajaran Tuhan, maka seruan dan alunan azan membawa manusia ke Hadhrat Tuhan dan munajat kepadaNya.

Wallahu a’alam.

VIDEO PENUH:

Sumber: khalifahmedianetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *