Baru-baru ini, satu sesi penggambaran telah dilakukan untuk sebuah drama adapatasi novel yang berjudul Split. Drama ini dibintangi oleh pelakon lelaki macho Malaya, Syukri Yahya dan juga Sara Ali. Pasti ramai peminat-peminat mereka sudah tidak sabar-sabar untuk menantikan pelancaran drama ini.

Terbaru, pelakon Elly Ariffin ada berkongsi satu video di Instagram beliau akan kejadian lucu yang berlaku sewaktu mereka melakukan penggambaran di KLIA. Video dengan caption, “Bila kau tunjuk perlakuan sumbang di tempat awam” itu sehingga kini mendapat tontonan sebanyak 66,259.

Insiden kelakar ini dikatakan berpunca daripada seorang pakcik yang kebetulan lalu di set dan tidak tahu bahawa Syukri Yahya sedang melakukan shooting, secara spontan menepuk Syukri Yahya sambil memberi teguran. Tapi tepukan tu tak kuat pun, sekadar menegur.

Syukri Yahya ditegur agar tidak melakukan maksiat di tempat orang ramai. Haha..nak salahkan pakcik tu pun tak boleh, teguran dia ikhlas, dia tak tahu pun itu hanyalah lakonan.

Netizen yang menonton video turut terhibur dengan gelagat Syukri Yahya sejurus selepas kena ‘sound’. Baru kau tau langit itu tinggi ke rendah wahai Syukri..haha. Malah ada yang menyifatkan kejadian ni sebagai ‘comel’. Admin sendiri pun tak boleh move on, asyik repeat tengok.

Komen Netizen Yang Terhibur:

Banyak Kali Ulang Tengok, Tak Puas!

Petanda Lakonan Syukri Yahya Menjadi!
Ada juga netizen yang memuji dengan mengatakan lakonan yang power daripada Syukri Yahya punca sampaikan pak aji ni menegur..hehe.

Tonton Video Kejadian Di Sini:

Syukri Yahya Maintain Cute
Yang kami respect adalah, Syukri Yahya walaupun ditegur begitu, dia tetap maintain “Cute” gedik dia, siap makin dikepit tangan si Fadzil sambil berlalu malu..hehehe. Nampak yang Syukri ni very humble in or outside character. Tak sabar nak tengok drama ni nanti!

Sumber: IG Ellyariffin olahan PapaViralMY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *