Sejak dua menjak ni iium confession meriah dengan isu kahwin. Ada yang mengeluarkan pendapat/ hujah/ dan meluah rasa kenapa taknak kahwin tak bersedia nak kahwin, tak jumpa lagi lelaki yang kita rasa betul betul sesuai dan sebagainya. Malah ada juga yang nak kahwin, teringin nak kahwin, jodoh tak sampai lagi dan macam-macam ikthiar untuk jumpa jodoh. Yes, aku pun ramai kawan yang macam tu ada yang memang desparated nak kahwin dan ada yang memilih untuk tidak kahwin dalam masa yang mereka rasa belum sesuai untuk kahwin termasuk aku.

Ni aku nak cerita pengalaman kawan-kawan aku yang aku nak share. Aku bukan nak mengkritik, tapi bagi aku mana yang kita boleh ambil iktibar kita ambil. Kalau korang rasa pendapat aku salah, ikut korang lah nak kecam ke apa sebab hidup ni pilihan kita masing-masing kan?

Waktu aku sekolah menengah dulu aku ada kawan nama dia mimi. kawan aku ni kira boleh tahan lawa. Cakap lembut, perwatakan pun manja dan penyayang , solat, baik lah kira. Aku memang baik dengan dia cuma ada satu sikap dia yang aku kurang senang. Dia kalah dengan lelaki. Yes, kalau lelaki punya pasal dia no 1. Pagi petang siang malam nak bergayut dengan bf dia tu, masalah nya dia punya bf bertukar setiap setengah tahun weyh. Aku tak kesahla tu lantak dia lah kan tapi aku kesian kat dia ni bf dia kikis duit dia. Dia ni kira anak org senang lah kan mak pak pegawai kerajaan, kalau kat hostel tu dia lah yang paling mewah perfume mahal2, beg branded2. So aku tak hairan lah lau dia banyak duit belanja bf dia.

Tapi yang aku geram, tu duit mak pak dia dia pergi belanja lelaki, beli hadiah mahal kat bf dia, haram jadah tol. Aku dah berbuih dah nasihat dia tapi dia ni jenis tak makan saman so lama-lama aku malas. Lepas habis sekolah aku pun jarang contact dia, now aku rasa dah 8 tahun dah kiteorang tak jumpa sebab masing2 belajar luar negeri, masing-masing dah ada kerjaya, dan tiba-tiba baru-baru ni aku dapat tahu dia baru bersalin (member aku yang lain bagitahu). Aku tak terkejut sangat lah kan, so aku tanya member aku bila dia kahwin? Then member aku cakap tak kahwin bf dia pun budak lagi muda 3 tahun dari dia. Haa sudah. Tapi aku tak terkejut pun sebab aku memang tahu dia macam mana, nampak memang lembut, tudung labuh tapi kalau dengan lelaki hmm entahlah korang fikir lah sendiri .

So now, aku dengar dia duduk dengan mak dia, ayah dia meninggal masa dia mengandung, mak dia jaga dia dengan baby. Aku whatssap dia bg kata-kata semangat. Aku taknak dia down and aku harap apa yang berlaku jadikan dia wanita lebih hebat. Itu pilihan dia.

Kisah kedua, sorang lagi kawan aku masa kat uni nama dia yaya. Aku tak tahulah kenapa dari start dia belajar lagi dok sebuk cakap pasal kahwin. Nak buat preparation lah, nak tu lah nak ni lah. Ok, tak salah tapi aku pesan kat dia boleh tak fokus dengan belajar kau dulu? Mak kau hantar pergi belajar tinggi untuk masa depan kau kot. Kau bawak harapan mak pak kau ni. Tapi masa belajar kau dah fikir nak kahwin, nak buat persiapan kahwin sebelum konvo. Actually, mak dia tak setuju, sebab dia pun bukan orang senang. Ayah dah takde, dialah harapan mak untuk mak dia tumpang senang . Tapi dia tetap dengan keputusan dia, siap soh mak dia call family lelaki tu untuk cepatkan perkahwinan.

Alasan nya apa? Nak elak moksiatt, bina masjidil aqsar mengikat ukhwah bla bla bla. Weyh, lelaki tu pun tak stabil lagi. Kerja pun tak tetap lagi, atleast masing2 bina kerjaya dulu lah kan. Takde lah susahkan mak pak kau nanti. Jangan cakap kau tak susahkan mak bapak kalau kau kahwin pun dok uma mak bapak. Sikit sebanyak mesti terpalit. Bila aku tanya kau dah sedia ke? Mak kau kan nak tengok kau kerja dulu. Jawapan dia? Macam aku cakap tulah bina masjid mendapat keredhaan Allah. Ya rabbi memanglah, tapi kau nak dapat redha Allah ada banyak cara kot?? Takkan kahwin semata?? tepuk dahi aku.

Now dia dah selamat kahwin sebelum konvo lagi sekarang dah bersalin dah pun, tapi life dia?? Selalu share kat fb nak kerja lah, nak berdikari sendiri lah teringin nak travel jauh-jauh lah, share suami jangan menyakiti hati isteri??? Then aku dengar dia serang laki dia kat tempat kerja sebab laki dia ad perempuan lain. Aku doakan yang baik-baik untuk dia.Sememangnya Itu pilihan hidup dia.

Sorang lagi kawan aku masih single macam aku, umur dah 25 tahun tapi dia punya takut tak kahwin tu macam umur 45 tahun. Deyy, ada yang umur 45 tahun pun masih nikmati zaman single dia tanpa merungut. Ni kau baru 25 tahun, gaji 2k pun ujung bulan makan maggi, masak pun tak reti lagi, baju pun mak kau basuhkan (Aku tahu sebab aku selalu datang rumah dia) tu kau dah sibuk nak kahwin? Bila aku tanya, kau dah bersedia ke nak kahwin kau sedih sangat jodoh kau tak sampai lagi, jawapan dia dah bersedia, aku rasa aku dah bersedia! Aku be like (mata juling-juling).

Then haritu aku sembang dengan dia, dia kata aku nak cari suami yang kaya lah weh, ada rupa sikit jadilah. senang aku takyah kerja. Heyyy minaci, kau ingat lelaki kaya ada rupa sikit yang kau expect tu tak letak expectation yang tinggi juga ke?? Bini cantik bekerja pun kena tinggal lagi kan tak berapa nak cantik nak ada ni, kau ingat senang nak puaskan hati orang? Dah standby nak makan hati hari-hari? Tak pasal member kena sekolah dengan aku.

Yang ni makcik aku. Dah kahwin anak 4 dah pun, pakcik aku pula kerja kampung biasa-biasa je laki dia jenis ada kerja dia kerja, takde kerja dok rumah. Haa gitu. Yang aku tak senang hati tu, aku tak kesahlah pasal duit sebenarnya kalau dia minta kat aku ke kan, ni makcik aku jenis meminta kat semua orang. Dah jadi bual mulut orang pula dia jenis yang suka minta-minta duit. Yang aku tak faham, makcik aku ni dok kampung. Harapkan laki bagi makan dengan gaji seciput memanglah lah tak cukup, dah tu cari alternatif lain lah sebagai sumber pendapatan sambilan kan. Jual kuih ke, join dropship ke, buat nasi lemak ke. Aku siap carikan kerja kat makcik aku tapi dia taknak , alasan dia anak takda siapa nak jaga lah, padahal anak dia semua dah sekolah sebelum budak-budak tu balik sekolah dia boleh kerja sambilan kot. Ni tak, harap laki saje. Dok rumah topup siap minta orang topupkan weh. main fb boleh pulak tu yang aku pelik sangat.

Aku faham perasaan perempuan ni kadang kau nak macam-macam, expectation kau tinggi melambung dengan hidup kau sendiri, tapi apa yang kau buat untuk diri kau dan hidup kau? Harapkan laki semata ka?? Memang lah rezeki tu Allah yang tentukan, tapi bukankah Allah akan mudahkan lagi rezeki kalau kita ikhtiar? Lagi aku baca satu status fb ” girls, harap lah duit suami kau, kalau tak suami kau takkan kau nak harap duit suami jiran sebelah pulak”. Macam takda akaii. Memanglah kau harap duit laki kau, harap tu boleh tapi jangan sampai membebankan suami kau, janganlah kau harap yang tinggi-tinggi kalau lelaki tu tak berapa nak mampu dah tu bila laki kau tak mampu nak puaskan hati kau,kau mengoyan. Kau kahwin laki bini pakat lah sama-sama. Kalau sama-sama nak hidup selesa sama-sama lah ikhtiar, sekarang banyak ruang untuk suri rumah tambah pendapatan. Sama ada nak atau tak je. Itu juga satu pilihan.

Lagi sorang member aku, dah kahwin tapi takda anak lagi. Mungkin belum ada rezeki dia. Tapi kalau kau dengar kisah dia pun menyirap gak. Sebab dia bela biawak hidup. Laki dia dah lah jobless sebab then jenis kejap kerja kejap tak kerja. Aku tak kisahlah kan kalau dia takda rezeki lagi tapi yang aku pelik lagak laki dia tu macam orang ada-ada. Renovated kereta sana sini, member aku bayar kereta dia tapi dia punya lagak macam tu dia punya. Siap konvoi tinggal bini ngan kengkawan, layan perempuan sana sini, tapi member aku tetap sabar. Aku tak tahula macam mana dia sabar tapi member aku memang kuat. Kerja pagi petang siang malam sebab nak bayar hutang, bayar sewa rumah. Laki dia dok senang lenang kat rumah sume dah terhidang sume dah tersedia. Mungkin sebab atas nama cinta, dan taknak jadi buah mulut orang sanggup tahan dan hadap biawak hidup. Btw, aku simpati dengan kawan aku tu, aku harap dia tabah dalam harungi hidup yang mencabar.

Member aku yang single-single dan attention seekers kadang aku puas dah bebel dengan diorang yang dok sibuk nau pasal kahwin , risau nau jadi andartu, hello, kau boleh cari bahagia kau sendiri kot, bina kerjaya kau, buat mak pak kau bangga dengan kau, buat amal sedekah jariah, buat kerja-kerja sukarelawan, bersosial dengan masyarakat , travel, buka bisnes ke, buat lah apa yang kau suka dan happy. yang kau takut sangat jodoh tak sampai pehal, kalau jodoh belum sampai tu ada lah aturan Allah yang lain untuk kau. Adalah hikmah lain untuk kau, kau pening-pening sampai depression tu kenapa. Dah tu share kat fb “jodoh aku sesat ke”, “wahai jodoh bila nak muncul,I dah tunggu lama ni”. “Single forever blablabla”. Baik kau baca jampi jodoh je kat fb kau tu.

Member-mmber aku yang dah kahwin pula tak habis share pasal suri rumah tangga, share pasal isteri bekerjaya vs suri rumah, dah tu berlawan lawan share pulak tu. Sindir menyindir lagi pulak. Aku dok perati je, aku tak kisah pun live korang macam mana, tu suka hati korang lah nak share apa, tapi janganlah sindir menyindir, nak kata suri rumah lagi better jaga anak, lagi better jaga keluarga, yang isteri bekerja lagi better dari suri rumah. Stop! Korang tak perlu bandingkan life orang lain, tu pilihan kau. Kalau kau rasa kau jadi suri rumah bahagia, tu terpulang. Kau rasa jadi isteri bekerjaya itu happy tu pun suka hati kau lah kan.

Bagi aku semua pun ada pro and cons, kau suri rumah kau hadap anak-anak luang masa dengan anak-anak. Kau penat, kau jangan merungut yang jadi suri rumah ni bukan mudah, of course. Hidup pun bukan mudah mem, so kau bersyukur jela dengan hidup kau. Yang isteri bekerjaya pula, ada duit . Nak pakai apa ka nak bergaya camna ka, ikut hang lah duit hang. Tapi masa dengan anak-anak terhad. Dengan keluarga pun terhad. Kena pandai bagi masa kau. Btw, aku salute isteri yang independent, even dok rumah jaga anak tapi masih boleh bantu suami cari income, buat delivery lah, jual makanan lah, buat kuih lah . Jenis ni memang serba boleh dan pandai berdikari. Aku rasa suami pun sayang and takut nak tinggal!

Dah aku dah penat dah taip panjang, sepatutnya aku lukis je tadi. Tapi sebab aku melukis pun kelaut so aku sanggup taip dari melukis. So untuk member-member aku, dah-dah lah tu cerita pasal kahwin, kau nak cari laki elok ka tak elok ka, kau boleh buat pilihan. Tak perlulah lelaki ke perempuan ke nak compare each order . Kau dah tahu kalau kau kahwin saling melengkapi, kau dah tahu masing-masing ada kekurangan ada kelebihan, tak perlulah kau heboh.

Then lagi satu, tak perlu gak korang nak share masalah keluarga korang kt fb/twitter or what. Kau tahu tak bende tu tak manis di baca oleh netizen. Kang netizen kecam, netizen bercerita kau mula pulak up pasal diumpat lah dikeji lah, orang kata belakang lah siap keluar surah hadis semua. Padahal kau sendri yang buka aib kau. Tak payah tag pasangan kau pasal isteri/suami yang baik mesti bla bla bla. Atau, dosa suami/isteri bla bla bla. Atau suami/isteri mesti blababla. Baik kau tidur sekatil tu kau ajak laki kau buka fb sama-sama baca, ataupun kau baca kuat kuat untuk laki kau satu rumah dengar. Haa kan bagus dari kau share share nak perli perli suami kau kononnya.

Aku teringat pesan mak aku, dalam rumah tangga ni kalau tak diuji dengan suami akan diuji dengan anak. Setiap perkahwinan pasti ada ujian nya, tak salah korang nak memilih, macam aku cakap hidup ni ada pilihan . Buat lah pilihan yang tepat dalam hidup kau. Then apa pun keputusan kau, kau jangan pernah menyesal. Hadap dan redha, cari bahagia kau, cipta bahagia kau sendiri. Jangan pulak kau cemburu dengan orang lain, kau tak tahu mungkin ada yang cemburu dengan kehidupan kau. Kau tak payah risau jodoh kau tu seperti apa, miskin ke kaya ke, kau leh agak apa yang tuhan tentukan lepas 10 tahun kau kahwin? Tak juga kan.

Boleh jadi sebelum kahwin kau rasa dia perfect, 4,5 bulan lepas kahwin kau rasa dia lah orang yang paling banyak kelemahan. Boleh jadi baru kahwin kau rasa dia lah orang yang paling sayang kau, boleh jadi lepas 3,4 bulan hati dia berbolak balik, sedangkan pokok bergoyang ditiup angin, sedangkan ombak menghempas pantai inikan pula hati manusia. Eh, betul ke pepatah aku ni?? Argghh lantaklah.

Aku?? Tak sempat lagi nak fikir pasal kahwin sebab aku tumpukan pada kerjaya dan family aku. Jangan ingat aku memilih ok, yang berlagak kaya dan hensem tu lah lagi aku menyampah, lagi orang puja-puja tula aku tak puja, even perempuan lain cakap fattah amin tu hensem pun aku fikir kat mana hensemnya. Tapi aku bukan lesbo ok! korang jangan pikir bukan2 pulak! Aku pun taknak compare hidup aku dengan orang lain dan aku ada cara lain untuk bahagia kan diri aku, pergi travel, bawak family jalan-jalan, beli apa aku nak beli, kumpul aset untuk diri aku dan family. Lelaki? Aku x expect yang tinggi- tinggi dengan lelaki yang bakal jadi suami, cukup dia tak sakitkan hati aku sudah. Haha.

Korang paham kan apa yang aku nak sampaikan, please dah dah lah tu nak high expected dengan pasangan. Ada masa kita akan diuji, masa tu takut takut hati kita tak kuat. Jangan takut apa bakal ujian yang kita akan hadap, yang penting kita sentiasa bersedia dengan diri kita. Bersangka baik dengan Allah, Positif dan bersyukur selalu guys. Aku kena stop sekarang, kang tak tentu pasal aku bukak cerita lain pulak. Haha, okay bye !

– Nur

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *