Ayana Jihye Moon adalah gadis yang berasal Korea yang memutuskan bergelar mualaf dan diketahui dia adalah satu-satunya dari keluarganya yang memeluk agama Islam. Ayana saat ini menetap di Indonesia kerana dia memiliki pekerjaan di Indonesia.

Semalam, Ayana menjadi tetamu khas dalam rancangan MeleTop yang dihoskan oleh Neelofadan Nabil Ahmad. Kehadirannya dalam episod kali ini bagi berkongsi pengalamannya selepas memeluk agama Islam sejak berusia 16 tahun.

Walaupun Islam merupakan agama yang amat kecil di Korea Selatan, bagi Ayana dia merupakan insan yang bertuah dan terpilih untuk bergelar seorang bergama Islam. Di dalam keluarganya, hanya dia seorang yang memeluk Islam.

Kejutan Dari Wany Hasrita
Bertanya mengenai siapakah selebriti Malaysia yang diminatinya, dengan pantas Ayana menyebut nama Wany Hasrita. Tanpa di duga, penyanyi yang baru sahaja rangkul Anugerah Bintang Popular ini tiba-tiba muncul ke dalam studio. Seakan-akan seperti telah dirancang oleh pihak produksi, Wany terlihat sangat teruja lalu menitiskan air mata.

Seperti yang dimaklumkan oleh Wany, sebenarnya mereka berdua sudah berkenalan sebelum ini dan pertama kali bertemu di KLCC. Mungkin terlalu rindu, Wany telah menitiskan airmata saat dapat berjumpa semula dengan Ayana. Selain kagum dengan perkongsian Ayana mendalami Agama Islam, Wany turut memuji kejelitaan Ayana.

Sebelum ini, kisah Ayana jadi tular kerana dahulunya dikatakan merupakan seorang anggota kumpulan K-Pop dan beliau telah meninggalkan kumpulan berkenaan selepas memeluk Islam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @mfadhly

Sumber: hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *