Tak sangka terlalu banyak benda dan kejadian pelik dalam dunia ni. Kadang-kadang sesuatu perkara yang kita tak pernah jangka pun memang terjadi dalam kehidupan nyata.

Skrol ke bawah untuk lihat video

Baru-baru ini heboh kisah di mana Menurut Harian Metro melaporkan polis berjaya menangkap seorang bomoh yang disyaki menculik remaja perempuan selama 15 tahun lamanya. Dia menyembunyikan mangsa yang pada masa tu berusia 13 tahun, kat celahan batu besar untuk dijadikan gundik kepada jin. Biar betul?

Difahamkan mangsa, Hasni yang kini berusia 28 tahun ditemui kat celah batu besar tak jauh dari rumah bomoh tu kat Desa Bajugan, Tolitoli di Sulawesi Tengah. Polis memberitahu yang Hasni ditemui apabila keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa mendapat maklumat wanita itu disembunyikan seorang dukun yang dikenali sebagai Jago, 83.

Sementara penduduk kat Desa Bajugan inilah yang membantu merungkai kes ni sebab mereka selalu perasan yang bomoh tu sering bawa seorang anak gadis masuk ke rumahnya pada waktu malam. Tapi mereka tak pernah nampak kelibat gadis tu pada waktu siang

Seorang jurucakap polis M Iqbal Alqudusy, berkata, beberapa anggota polis yang dibantu oleh penduduk kampung melakukan pencarian kat rumah dukun tu. Tidak berapa lama lepas tu, mangsa ditemui disembunyikan kat celah batu besar di belakang rumah bomoh tu.

Suatu perkara yang paling menghairankan, rumah keluarga mangsa tu hanya berselang tiga buah rumah sahaja dengan rumah suspek. Sangat pelik bukan bagaimana mereka boleh tidak nampak.

Sejurus selepas penemuan tu, polis telah menangkap bomoh berkenaan dan suspek terus mengaku dia menculik wanita tu untuk dijadikan alat untuk memanggil dan dijadikan gundik kepada jin. Fuhh seram pulak!

Berdasarkan informasi penduduk tempatan, terdapat beberapa pusara yang dikatakan merupakan tempat persemadian beberapa janin yang terhasil akibat dirogol oleh suspek. Bagaimanapun kesahihan cerita tersebut masih belum dapat disahkan.

Dalam pada itu, semasa dijumpai, Hasni berada dalam keadaan telanjang dan pucat lesi. Orang berdekatan kemudiannya terus memberikan pakaian untuk menutup badannya.

Tidak dapat nak bayangkan bagaiman perasaan mak bapak dia bila dikhabarkan sudah meninggal dunia namun kemudian dapat tahu anak mereka sebenarnya masih hidup. Sedihnya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. mfadhly

sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *