Penduduk Palu, Sulawesi hari ini gempar setelah mendapat berita penduduk kampung menemui seorang kanak-kanak yang masih hidup walaupun sudah dua minggu dipercayai tertimbus dalam runtuhan dan lumpur pada hari Gempa bumi dan tssunami melanda daerah itu.

Video berdurasi 3 minit lebih itu menjadi viral kononnya kanak-kanak itu dijumpai setelah dua minggu tenggelam di dalam lumpur adalah tidak benar dan dipercayai disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sebuah halaman FB di Indonesia turut memuat naik berita palsu dan video kanak-kanak yang diselamatkan orang awam itu kemudian netizen mempercayai dan berasa ia satu mukjizat kerana tak mungkin kanak-kanak itu boleh hidup dua minggu bersendirian dan setelah apa yang berlaku di desa itu.

Tampil memberi kenyataan, akaun FB bernama Moh memberitahu, video itu diambil sendiri olehnya dan ianya berlaku pada malam hari selepas gempaa. “budak ini ditemui pada 28/9/2018 dan bukan selepas dua minggu, itu semua hoax, katanya dalam status dimuat naik hari ini.

Beberapa keluarga mangsa geempa yang kehilangan anak mereka ketika bencana itu menimpa, berasa kecewa kerana apabila ada mangsa baru dijumpai pasti membuat mereka berharap itu adalah keluarga mereka tetapi sebenarnya tidak dan lebih sedih ia cuma berita palsu.

Germpa bumi dan tsunsami hujung bulan lalu turut menyaksikan berlakunya fenomena “lekuifaksi” yang disifatkan sebagai tsunammi daratan, menyebabkan kawasan perumahan Petobo ditelan bumi.

Menurut Pusat AHA secara keseluruhan malapetaka di Sulawesi Tengah itu menyebabkan lebih 150,000 terjejas, lebih 82,000 hilang tempat tinggal manakala 5,000 orang lagi dilaporkan masih hilang.

Sementara itu, mengulas keputusan kerajaan menghentikan operasi mencari mangsa, sejumlah keluarga mengaku ikhlas dengan pemergian ahli keluarga mereka.

Walaupun tidak mengetahui nasib mereka yang hilang, masih ada penduduk yang masih meneruskan pencarian dikawasan terlibat.

Sumber dari Ratu Sembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *