Siti Amiza Ratu Rapat, wanita ini pernah tular di media sosial sebab beritahu ingin ditiduri dengan 10 lelaki warga afrika. Tular juga sebab video video kurang sopan sehingga nama beliau masuk ke media hiburan utama.

Dalam beberapa minggu ini, posting wanita ini sering naik di merata rata group facebook. Dia berhajat untuk berkahwin dan ingin mencari suami tetapi yang buat netizen tidak puas hati adalah dia mahukan suami orang yang masih beristeri dan bukan lelaki bujang atau duda.

Dia beritahu bahawa dia tidak boleh mengandung kerana ada komplikasi dahulu dan dia inginkan anak tetapi syarat untuk bakal suami dia adalah anak mesti yang kecil dan dia tidak mahu anak yang sudah besar seperti umur 20 tahun keatas kerana dia pun baru 20an.

Siti Amiza mohon mana mana isteri yang sanggup dimadukan supaya jangan risau kerana ada habuan untuk isteri dan bakal suami dia.

Dia beritahu jika berjaya dan madu dia relakan, Siti Amiza akan berikan wang tunai RM100 Ribu ringgit dan sebuah rumah. Dia tidak akan minta apa apa hantaran dan mas kahwin kerana semua dia akan tanggung.

Untuk isteri dia akan berikan hadiah barang kemas emas 916.

Siti Amiza mahukan suami yang boleh bimbing dia dalam agama dan madu dia mesti jangan santau dia. Dia nak kongsi semua dengan madu dia. Sesiapa yang berminat boleh jumpa dia untuk ambil borang jika berminat.

Siti Amiza Dedahkan Kenapa Dia Suka Suami Orang
Lagi sekali dia buat satu video tentang kenapa dia sukakan suami orang untuk dia kahwini dan dia paling benci orang bujang kerana orang bujang tidak setia dan macam macam lagi.

Rakaman video ini dimuatnaik oleh Siti Amiza sendiri di laman facebook Siti Amiza Ratu Rapat

Mohon pihak berwajib terutama Jabatan Agama untuk segera ambil tindakan kerana ini amat memalukan umat Islam dan ini juga memalukan kaum wanita. Jika boleh diberi nasihat atau kaunseling untuk wanita ini munkin dia akan berubah di kemudian hari.

VIDEO:

By: KLV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *