PELAKON Wawa Zainal memberitahu anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, menangis kerana tidak membenarkan suaminya, Aeril Zafrel bermesra dengan wanita lain.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 27, berkata Hayla bertindak memukul dan mencakar Aeril selepas melihat video bapanya sedang berlakon bersama pelakon Siti Elizad.

Wawa dedah anaknya, Hayla menangis melihat Aeril bersama wanita lain.

“Dan Aeril terus mainkan video itu lama-lama, Hayla menangis habis dia pukul, dia cakar ayah dia.

“Dia jerit kesian mama!!! Ya Allah terharu I sampai nak menangis… Macam siapa ajar dia ni?,” tulis Wawa menerusi laman Instagram miliknya.

Wawa mendedahkan perkara tersebut di laman sosialnya dengan memuat naik video Aeril sedang melakokan salah satu babak bersama Siti Elizad dalam drama Cinta Tanpa Henti.

Dalam pada itu, Wawa tidak menyangka anaknya yang baru berusia tiga tahun sudah dapat memahami situasi tersebut.

BACA : ‘Dik, Janganlah Pakai Seluar Macam Ni ‘

Keluarga bahagia Wawa dan Aeril.

Bagaimanapun, pelakon telemovie Biarkan Cinta Tersenyum Lagi ini menjelaskan kepada anaknya bahawa situasi yang dilihatnya itu hanyalah sekadar lakonan.

“Awak baru tiga tahun sayang tapi dah faham. Sampai sekarang tak boleh lupa situasi itu. Harap-harap ayah dia ingatlah sampai bila-bila.

“Selepas itu, kami pun jelaskan tu lakonan saja. Lama jugalah baru dia berhenti menangis. Alahai anak… Ayah tengah jalani penggambaran,” ujarnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla.

BACA : “Jangan Buat Maksiat Kat Sini”- Reaksi Kelakar Syukri Yahya Ditepuk Oleh Pak Aji Di KLIA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Wawa_Zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *