KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Fouziah Gous, 35, tidak berhasrat memadam foto ketika dirinya belum berhijab daripada akaun media sosial kerana menganggap itu adalah dirinya dulu.

Selain tiada masa, Fouziah menganggap tidak perlu baginya meneliti semula entri yang memaparkan foto dirinya tidak bertudung di semua akaun laman sosial miliknya.

“Memang ada yang bertalu-talu meminta saya memadam semua foto lama. Tetapi bagi saya, kalau dipadam pun, orang masih boleh mencari gambar saya dengan hanya menaip nama di carian Google.

“Lagi pun, perkara yang lepas biarlah berlalu. Saya jenis orang yang suka pandang ke depan, kita ‘move on’. Setiap orang ada sejarah masing-masing.

“Namun paling pasti, saya sentiasa ingin berubah ke arah lebih baik. Jadikan pengalaman lalu itu sebagai peringatan supaya kita sentiasa beringat.

“Apa pun, ini ujian untuk saya supaya istiqamah… Allah Maha Pengampun. Saya pun masih belajar,” katanya kepada BH Online.

Mengenai permintaan segelintir aktres baru berhijab yang berharap syarikat produksi tidak lagi menyiarkan semula drama lakonan mereka, Fouziah berkata, dia tidak ada hak berbuat demikian.

Ulas pelakon yang popular dengan drama Senafas Cinta itu, dia tiada ada hak untuk mendesak dan membuat permintaan sebegitu kerana naskhah berkenaan bukan hanya membabitkan dirinya seorang.

“Saya sama saja dengan orang lain. Tiada sebab untuk saya menghalang pihak stesen televisyen (TV) menayangkan semula drama lakonan saya.

“Macam yang saya katakan, imej itu adalah diri saya yang dulu, bukan sekarang,” katanya yang hadir pada majlis penyampaian hadiah kepada pelanggan Lulu Hypermarket & Departmen Store di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Fouziah berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon sejak awal tahun ini.

Namun, dia yakin penerbit faham situasi dirinya yang perlu menjaga dua permata hati selain menguruskan perniagaan sarang burung walet.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *