Sebelum ini, pelakon Nabila Huda pernah berkongsi sebuah video di Instagramnya tentang pertandingan gimnastik yang disertai anaknya, Keisha. Melalui kapsyen di video tersebut, Nabila telah meluahkan rasa bangganya terhadap Keisha. Hati ibu mana yang tidak berbangga apabila melihat anaknya tidak gentar melakukan aksi gimnastik di hadapan sejumlah penonton yang ramai.

Kini, sekali lagi Nabila Huda berasa bangga apabila Keisha telah terpilih untuk terbang ke Korea bagi mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan gimnastik. Seawal umur 8 tahun, Keisha sudah dipertanggungjawabkan membawa nama Malaysia, hati ibu mana yang tidak tersentuh?

Untunglah 8 years old dah travel.. nama Malaysia

Drama pegang dada

Dalam video itu, Nabila dan suaminya telah menghantar Keisha ke airport untuk berlepas ke Korea. Beberapa kanak-kanak perempuan lain seusia Keisha yang akan menyertai pertandingan itu juga sedang berada dalam rombongan itu.

Di ruangan komen, pelbagai kata-kata semangat dan ucapan manis membanjiri ruangan komen di foto yang dikongsikan Nabila di IG.

Woww.. good luck

All the best Keisha

Comelnya. Good luck

Sumber: kupu_kupu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *