“Saya nak kongsi gambar madu saya, dia sahabat, dia juga adik-beradik”.

Kenyataan itu mungkin sukar diterima segelintir wanita tetapi tidak kepada Sherilyn Aidala apabila meluahkan isi hatinya di Facebook peribadinya hingga tular di media sosial dan meraih lebih 2,000 perkongsian dari netizen serta menerima 2, 800 tanda suka.

Mengimbas semula kisah hidupnya, dia menyatakan tanpa madunya, dirinya tidak akan berada seperti mana hari ini.

Kata ahli perniagaan itu, madunya ibarat sahabat, adik-beradik yang berada disisinya ketika susah dan senang.

“Terima kasih ALLAH SWT kerana memberikan aku hati untuk merasa sayang kepada orang yang hadir dalam hidupku. Disaat tidak semua orang mampu untuk merasakan apa yang aku rasa…

“Orang harus tahu, bukan mudah untuk bahagia kerana ia memerlukan ilmu dan proses yang perlu dilalui,” katanya.

Menurutnya, ia bermula dalam diri untuk lebih menyayangi, dikasihi dan menjauhkan kebencian serta kekerasan.

“Jika apa yang ada ini tidak cukup membuat manusia itu bahagia? Untuk apa Tuhan mahu memberinya lebih, mungkin Tuhan menghantar kesusahan demi kesusahan, kehilangan demi kehilangan, agar manusia mula menyedari dirinya dikelilingi kasih sayang selama ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *