Terkini, pelakon Datin Niena Baharun selamat melahirkan anak sulung lelaki pada 11 pagi semalam.

Niena memberitahu dia sepatutnya bersalin pada 8 November namun terpaksa melahirkan anaknya dua minggu awal akibat air ketuban telah pecah awal.

” Sedikit cemas apabila air ketuban pecah awal dan sangat banyak. Ketika dibawa ke hospital bukaan sudah 2 sentimeter, namun disebabkan saya jenis penakut, jadi dari awal lagi memang rancang nak jalani pembedahan.

” Ketika dibawa masuk ke bilik pembedahan, saya sangat gementar. Dalam fikiran, saya hanya mahu anak selamat, proses cepat habis dan segera tengok anak.

” Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Saya berasa sangat bersyukur. Lima minit sebelum bayi ditarik keluar, doktor memanggil suami masuk dalam bilik pembedahan untuk tengok sendiri.

Sewaktu proses pembedahan dilakukan, saya separa sedar. Saya memang minta pada doktor. Ini kerana, saya ingin tengok bayi ditarik keluar.

” Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Gembira, teruja dan sebak semuanya ada. Semalam satu hari saya baring. Pagi ini baru saya boleh bangun dan bergerak sikit,” katanya.

Terdahulu Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim berkahwin pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum ini Datin Niena Baharun telah berkongsi beberapa keping foto majlis ‘Baby Shower’ bersama rakan dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung semalam.

Dalam entri di Instagram (IG), Niena telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat secara tertutup. Majlis tersebut adalah kejutan kepada Niena yang bakal menyambut kelahiran anaknya itu tidak lama lagi.

Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Niena dan bayinya sentiasa sihat.

Sebelum ini Niena Baharun mengakui dirinya telah membuat ramai orang berang. Semuanya gara-gara watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku. Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak Niena bersama suaminya, Aliff Firdaus.

Beliau dan Datuk Aliff Firdaus telah selamat bernikah pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan. Pun begitu, Niena berkata, dia menerima kecaman itu, malah menghargai komen-komen membina yang diberikan kepadanya.

“ Kita baca comments yang duk geram, mengutuk, maki hamun dengan si Husna dalam IG, FB dan di mana mana ada je Husna.

“ Macam-macam emosi pulak tu. Takpe, teruskan… Cuma maafkan kita tak mampu nak balas satu satu.

“ Apa apa pun kita appreciate sangat diatas kata kata yang membina. Thank you for all the comments,” tulisnya.

Berikut adalah post yang dikongsi oleh nienabaharun (@nienabaharun.nb) pada Jul 23, 2018 at 11:29pm

” Kita baca comments yang duk geram, mengutuk, maki hamun dengan si Husna dalam ig, fb, dan di mana mana ada je Husna. Macam macam emosi pulak tu Takpe, teruskan.. Cuma maafkan kita tak mampu nak balas satu satu. Apa apa pun kita appreciate sangat diatas kata kata yang membina . Thank you for all the comments @nienahoneybee . Okay, sekarang kita nak fokus pada baby. Apa yang penting kena beli dulu untuk persediaan nanti?”

Niena membawa watak seorang wanita yang menjadi orang ketiga diantara pasangan suami isteri lakonan Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson.

Husna tetap mahu mengahwini Saharul walaupun sudah mengetahui lelaki itu sudah mempunyai seorang isteri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber: gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *