Terapi ini dipercayai mampu melegakan sakit kepala atau migrain, badan rasa lebih ringan dan bertenaga serta paling best boleh mengekalkan awet muda.

Ada pelbagai teknik rawatan yang boleh diamalkan untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya seperti Rawatan Tradisional Cina yang menggunakan teknik terapi titik Feng Fu. Caranya cukup mudah, hanya perlu meletakkan kiub ais pada bahagian tertentu, namun kesan yang diperolehi cukup luar biasa. Terapi ini dipercayai mampu melegakan sakit kepala atau migrain, badan rasa lebih ringan dan bertenaga serta paling best boleh mengekalkan awet muda. Video penuh di bawah ini

Berikut perkongsian sebagai rujukan;
Sedikit perkongsian ilmu untuk manfaat kita bersama. Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika diletakkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita. Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.Badan kita juga akan terasa ringan dan bertenaga.Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda. Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Rawatan Tradisional Cina
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”. Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh. Keajaiban ini akan terjadi jika kita meletakkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.

Caranya:
Teknik ini mudah sekali, hanya letakkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Baca : Ketahui 7 Tanda Jodoh Serasi Atau Tidak Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah

Kelebihan Meletakkan Ais Pada Titik Feng Fu untuk:
Mengatasi sakit kepala dan migrain. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi. Mencipta kesan relaks. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan. Meningkatkan kualitu tidur. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular. Mengatasi asma. Mencegah sering bersin dan hidung berair. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang. Membaiki sistem pencernaan. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi. Menghilangkan selulit. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan. Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Perkongsian
Luar biasa sekali kelebihannya, sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum. Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tidak salah mencuba teknik ini,kesan yang diperolehi luarbiasa namun tidak mengeluarkan kos sesen pun. Cukup mudah dan jimat!

Sumber: Yeong Nor Saadah

Artikel Lain

Jom ketahui 8 sebab kenapa anda harus amalkan minum air putih.
1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

Baca : Inilah Dia Ibu Dan Ayah Uqasha & Nelydia Senrose. Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Patutlah Cantik Sangat

2. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Iadapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

3. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kaanseer
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kaanseer malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

4. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

5. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

sumber: media viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *