Aksi Piala FA pula akan dilangsungkan mulai bulan Februari 2018 sehingga Julai 2018 manakala Piala Malaysia selepas tamat Liga Super dari Ogos sehingga Oktober 2018.

Peminat Liga Malaysia khususnya yang tidak datang ke stadium, boleh merujuk kepada ruangan di bawah bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia yang dijadualkan untuk disiarkan secara langung di kaca TV atau peranti mobile anda.

Live Final Piala Malaysia 2018: Perak vs Terengganu

Terengganu vs Perak

Terengganu dan Perak dilihat memiliki kekuatan seimbang dalam final kali ini. Berbeza dengan beberapa edisi lalu di mana ada sebuah pasukan dianggap pasukan pilihan utama (clear favorite).

Fakta perlawanan

Ini adalah final Piala Malaysia ke-3 untuk kedua-dua pasukan. Pada final sebelum ini, edisi 1998 dimenangi oleh Perak dan pada 2001 dimenangi oleh Terengganu.
Perak adalah pasukan ke-3 paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia dengan 7 kejuaraan di belakang Selangor (33) dan Singapura (24)
Terengganu sudah beraksi dalam 5 perlawanan akhir Piala Malaysia dan memenanginya sekali pada serta 4 kali naib juara
Perak pula sudah beraksi dalam 18 final Piala Malaysia. 7 juara dan 11 kali naib juara.
Selepas final dan kejuaraan terakhir 1999, Perak mara 2 kali selepas itu pada 2001 dan 2007, kedua-duanya tewas. Salah satu daripadanya tewas di tangan Terengganu.
Selepas final dan kejuaraan terakhir mereka pada 2001, Terengganu ada 1 lagi final pada 2011, namun ditewaskan oleh Negeri Sembilan
Sebelum wisel

Ini adalah pertarungan yang sangat seimbang di antara kedua-dua pasukan. Dengan karakter kedua-dua jurulatih yang hampir sama di tepi padang, nampak pendiam namun sangat berpengaruh.

Baca : ”Cantik Lagi Izreen”, Pengguna Instagram Menggelupur Intan Liana Makin Hot

Di atas padang mereka ada penyerang berbisa dan juga pemain tengah yang boleh menjaringkan gol.

Terengganu mahu mengakhiri penantian 17 tahun manakala Perak mahu mengakhiri penantian 18 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *