Usahawan kosmetik Joy Revfa sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak terbabit isu penceraian dengan Hafiz Hamidun, populariti beliau telah naik mendadak.

Terkini Joy Revfa telah memuatnaik satu status di IG beliau berserta gambar beliau sedang memotong kek. Apa yang menarik adalah, kapsyen yang ditulis beliau mengundang beberapa komen netizen yang memberi ‘pick up line’ kepadanya.

Berikut adalah kapsyen yang di tulis oleh Joy Revfa;

” Saya tak sanggup nk potong hati awak sbb saya tahu dalam hati awak cuma ada saya je.#ciaciacia #siscuba. Jadi saya ambil keputusan nak potong Jelly Cake sedap & cantik..”

Sejak status itu dimuat naik, berpuluh komen kebanyakannya dari lelaki telah memuji kecantikan Joy Revfa hingga ada cuba berbalas pick up line. Komen-komen tersebut telah mencuit hati para pengikut yang lain.

” Cinta sy terhadap awk umpama air yg dicincang takkan putus,mcm tu jgak la klau awk nk potong hati sy, pasti takkan putus setiap2 urat2 cinta sy terhadap awk….ciaaaa..” komen seorang netizen yang sungguh mencuit hati.

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin sebelum ini pernah berkahwin dengan Hafiz Hamidun. Selain itu beliau juga merupakan janda dan bekas isteri kepada Dato Ray Imran. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun yang mana telah bercerai pada 2015.

Sementara perkahwinannya yang kedua dengan Hafiz Hamidun telah berlangsung pada 1 Mei 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Joy Revfa memfailkan pembubaran perkahwinan di mahkamah syariah pada 21 Ogos 2017.

Difahamkan pada hari yang sama Hafiz Hamidun turut memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan mereka susulan dakwaanya pada 23 Mei lalu perkahwinan mereka tidak sah.

Baca : Cari Suami Pucuk Muda, Why Not. Ini 10 Pasangan Artis Yang Kahwin Suami Lebih Muda

Sementara itu dalam perkembangan lain Joy Revfa memberitahu dia kini dalam proses berpindah ke kediaman baharu yang lebih selesa. Menurut Joy, biarpun tidak besar, namun dia boleh bercucuk tanam dan menghirup udara yang lebih bersih.

” Alhamdulillah, akhirnya saya dan Arryan berpindah ke sini. Sekarang sibuk pemindahan masuk ke rumah baru. Rumah kami tak la besar macam istana orang lain tapi cukup untuk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana.

” Lama kami berdua duduk di kondo yang berlif sebelum ni, letih dah berebut-rebut lif dengan orang lain. Sekarang baru ada kesempatan untuk beli rumah bertanah sendiri. Senang nak bercucuk tanam kat halaman rumah,” ujarnya.

Jom baca apa komen netizen di bawah
1) hati sy dh terpotong bla melihat hati awk yg kuat dn tabah dlm mneruskn khdpn seharian awak..Nak try,, tapi sis bukan biasa2,hahaha

2) Ape beza kek dgn awak. Klu tgk kek rse nk mkn. Klu tgk awak rasa nk kahwin. Cia cia cia….

3) cinta sy terhadap awk umpama air yg dicincang takkan putus,mcm tu jgak la klau awk nk potong hati sy, pasti takkan putus setiap2 urat2 cinta sy terhadap awk….ciaaaa

4) @joyrevfa Bismillah..sedapnya mkn sorg je ke? dapat rasa sepotong pasti menjilat jari

5) @joyrevfa kalau saya… saya tak nak duit, saya nak awak. Cantik nye kek geram pulak tgk. jarang saya lihat org yg potong kek lebih cantik dari kek

Sumber: kakikecoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *