Malam sabtu menyaksikan Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah gelaran kelapan apabila menewaskan Terengganu (TFC) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 pada aksi final di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Apa yang menarik adalah kelibat pelawak tersohor tanahair, Zizan Razak yang dilihat di lensa kamera turut hadir ke stadium memberi sokongan kepada pasukan kelahirannya Terengganu.

Tidak lama selepas Terengganu tewas dalam perlawanan akhir tersebut kepada pasukan Perak, Zizan dilihat memuat naik sebuah entri di laman Instagram milik beliau. Berikut di bawah adalah ayat Zizan;

” Now i tau kenapa i dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni i mengalah untuk lihat u senyum. Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. InshAllah. @mfmirafilzah #terengganu #perak #pialamalaysia2018 #football..”

Baca : Cari Suami Pucuk Muda, Why Not. Ini 10 Pasangan Artis Yang Kahwin Suami Lebih Muda

Umum mengetahui Zizan anak jati Terengganu. Sementara Mira Filzah pula memang berasal dari Ipoh Perak. Jadi memang kena lah malam ini apabila Perak vs Terengganu, ibarat Mira Filzah vs Zizan Razak. Hahaha

Cuma kali ni keputusannya kita sudah tahu, Terengganu kalah. Jadi adakah Zizan juga akan kalah dalam merebut cinta Mira Filzah? Sama-sama kita berdoa semoga mereka dipertemukan jodoh oleh Allah swt. Sebabnya kalau tengok Zizan dengan Mira Filzah ni dah sesuai sangat, sama-sama kecil molek.

Sementara itu, rata-rata netizen terhibur dengan ayat Zizan Razak tersebut. Berikut adalah komen seorang netizen;

” Celakat sungguh @zizanrazak869 babb mengayat power. Patut emma maembong pun sangkut.. Ni mira pilzah pulok Hahahaaa”

Entri Zizan tersebut telah mendapat 119 ribu likes setakat pukul 12 tengah malam tadi dan lebih 2 ribu komen. Woww memang ramai betul suka tengok Zizan dengan Mira Filzah ni.

Malah netizen turut terhibur dengan ayat Zizan tersebut yang dianggap sangat mencuit hati. Cuma ada satu yang admin tertarik dengan komen seorang netizen di bawah ni, yang buat admin tersembur ketawa hahaha.

” Nampak mung kat stadium tadi ingat penyu tadi”
Adoii bukan main lagi netizen mem’bahan’ Zizan yer. Jangan sampai Zizan reply balik komen kau tu yer nanti teruk kena bahan balik dengan Zizan hahaha..

Jom kita baca apa komen netizen
1) Amboii abg Zizann hahaha berbungaa ayatt.. sorang ganu sorang perak. Berjodoh la korang..sesuai nau gitu. Tahniah @mfmirafilzah

2) Yeahhhhh @mfmirafilzah PERAK MENANG, Kampung kite. org kg teman comel kan zan. Sdih ke zizan ganu kalah hahahaha

3) Jgn bersedih @zizanrazak869 .. Tahun depan ada lagi.. Insyaallah.. Yg penting polis evo 2 nk kluar dah.. Ahahha

4) @zizanrazak869 rasa2nya @mfmirafilzah hntr hntu kak limah kot dipnjuru gol.. pe2 pun tahniah perak..dan juga tahniah ganu..ganu nelang doh main td tu

5) kita tgok penyu telur . penyu tgok kito sedih. this is pntai timur !!. tahniah perak , yang penting ganu boek sbb dpat msuk final

6) So sawiiit lah abg zizan..Zizanrazak ganu kalah..mira perak menang..semoga di temukan jodoh cepat..Aamiin

Jom tengok video Zizan dengan tiket Final beliau
Dengarnya ada netizen yang tak puas hati sebab Zizan seolah-olah dengan mudah mendapat tiket, banyak pulak tu. Sedangkan peminat setia bola sepak lain terpaksa bersusah payah beratur untuk membeli tiket. Malah ada yang langsung tak dapat beli.

Apapun kita tak tahu mungkin Zizan beratur sendiri, cuma kita je tak tahu. Jadi tak perlu la tuduh dan cakap bukan-bukan ya. Peacee!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: IG Zizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *