Minggu Ke-5 Konsert Gegar Vaganza menyaksikan persembahan yang kurang memberangsangkan daripada Zamani ekoran tahap kesihatan dirinya yang dikatakan kurang baik pada malam tadi. Disebabkan itu dia tidak mampu mengeluarkan suara selepas beberapa rangkap pendek, sebaliknya hanya terduduk lemah di kerusinya sepanjang persembahan yang dilakukan.

Melihatkan keadaan itu, pengacara majlis Nabil dan Jihan juga dipuji penonton kerana sikap mereka yang pandai mengawal keadaan daripada menjadi janggal dengan berada di sisi Zamani sehinggalah lagu tersebut berakhir.

Tabik to the hosts.. rescue. Good job

Ekoran daripada prestasi itu, pihak juri dan penganjur rancangan bersepakat ingin menyingkirkan Zamani atas dasar piawaian pertandingan. Namun, tindakan Dato’ Aliff Syukri yang berlari naik ke atas pentas kerana ingin menolak keputusan tersebut telah mengundang sorakan daripada para penonton.

Next week dia sakit, kita kene simpan lagi? – Ramli M.S.

Walau bagimanapun, Aliff Syukri telah menegaskan bahawa beliau juga mempunyai hak untuk membuat keputusan melalui kontrak yang menyatakan beliau mempunyai imuniti, memandangkan beliau juga seorang penaja bagi rancangan tersebut.

Menurut Aliff Syukri, beliau ada menandatangi sebuah kontrak yang membenarkan beliau menggunakan imuniti tersebut sebanyak satu kali untuk membuat keputusan yang dikehendakinya.

Zamani akhirnya berjaya dikekalkan dan tiada penyingkiran yang berlaku pada malam itu atas permintaan Dato’ Aliff Syukri. Ekoran itu, ramai yang berterima kasih dan memuji sikapnya pada malam itu.

Thanks for Dato’ Aliff Syukri.. bagi peluang

Alhamdulillah.. terima kasih Dato’

Penggunaan imuniti yang paling bijak dan berbaloi

TQ Dato’.. bagi peluang pada Zamani

Namun, ini suara Zamani masa latihan sebelum persembahan gegar vaganza.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris dan Youtube Suka-Suka Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *