Sebelum ini selebriti Zulin Aziz menjadi perhatian netizen di media sosial setelah dia memberitahu tidak jadi berkahwin sedangkan segala persiapan sudah hampir siap, tinggal menunggu majlis untuk diraikan saja. Tidak mahu mengupas lanjut, Zulin hanya memberitahu mereka tidak mempunyai jodoh dan hubungan itu gagal.

Hari ini dalam sejarah, Zulin Aziz telah tekad meneruskan majlis tersebut walaupun terpaksa untuk bersanding seorang diri. Semalam di Twitter, dia telah menyelar bekas kekasihnya dan menyatakan dia lebih sanggup bersanding seorang diri daripada bersanding dengan lelaki yang salah.

Bahagia tak khianat aku

Di Instagram juga, Zulin telah berkongsi beberapa gambar dan video yang menunjukkan persiapannya untuk majlis hari ini. Malah, semua perhiasan dan dekorasi yang dibuat sungguh cantik, persis majlis perkahwinan yang sebenar!

Esok jam 6 dah kene bersiap

Eh aku ni kahwin betul2 ke esok?

Menurutnya di kapsyen, dia menginginkan sebuah majlis berkonsepkan garden wedding dengan sebuah bridal yang berurusan dengannya. Walaupun majlis yang akan dibuat hari ini bukanlah majlis perkahwinan betul, namun dekorasi yang dibuat bridaltersebut betul-betul seperti majlis kahwin sebenar, malah mengikut konsep yang diinginkannya.

Hal itu membuatkannya seperti tidak percaya dan terharu. Malah Zulin sempat berseloroh untuk tinggal mencari calon lelaki sahaja yang sudi berkahwin kerana persiapan semua sudah siap sempurna.

Cuaca sangat baik.. semoga dipermudahkan

Cantik… lawanya

Di ruangan komen, pelbagai kata-kata semangat daripada peminat diberikan pada artis ini. Mereka mendoakan kebahagiaan Zulin, malah berharap agar gadis ini bertabah dan akan berjumpa dengan yang lagi baik pada masa akan datang.

Sabar.. jap lagi putera kayangan.. ambil sis

Keep strong.. kifarah Allah ada

Sumber: Instagram zulinaziz dan Twitter iamzulinaziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *