Baru-baru ini viral gambar throwback selebriti versatile, Alif Satar ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang hiburan. Tweet yang dikongsi seorang pengguna Twitter itu sehingga kini mendapat lebih 19k retweet.

Ramai yang beranggapan faktor kewangan yang semakin kukuh telah mengubah gaya penyanyi tersebut. Menerusi Instagram, Alif Satar memberikan respon ini.

VIRAL DI MEDIA SOSIAL

Di Twitter, gambar ini menjadi ‘bahan’ gelak netizen yang beranggapan orang ramai masih mempunyai peluang menjadi sekacak Alif Satar. Mereka juga beranggapan dengan adanya duit, semuanya boleh berubah. Walaubagaimanapun, ini respon cool Alif Satar.

RESPON ALIF SATAR

Assalamualaikum everybody!! Man.. gambar throwback. Ramai yang komen “kau bukan tak handsome, kau cuma takda duit”.. Sini saya bagitahu, dalam perubahan ini wang ringgit mungkin memberi impak 10 peratus sahaja. Dalam proses meningkat umur, kita akan melalui fasa di mana segala-galanya mengelirukan. Tak tahu macam mana nak style (sampai sekarang pun saya tak tahu), jerawat sana sini (sampai sekarang pun ada lagi), gigi pun tak siap. Moral & keyakinan diri pun jadi rendah. Sebenarnya bukan duit yang bantu kita jadi lebih baik, ianya diri kita sendiri. Hubungan kita dengan Allah dan kehendak diri yang merubah kita jadi baik. Jadi kepada semua yang melalui fasa seperti saya, jangan berhenti. Cari kekuatan dan kebahagiaan dalam hidup. Saya doakan kita semua melalui perubahan positif macam saya.

KOMEN NETIZEN & RAKAN ARTIS

Sumber : Alif Satar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *