Anak kepada pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin iatu Aaisyah Dhia Rana menyambut hari lahirnya yang keempat tahun pada hari ini.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, berkongsi beberapa foto menarik yang diambil sekitar sambutan majlis hari lahir anaknya itu menerusi ruangan Instagram.

β€œHappy birthday sayang mummy, syukur alhamdulillah Allah kurniakan saya anak bertuah ini.

β€œSejak lahir, dia tak pernah buat hal atau meragam.

β€œSempena hari jadinya yang keempat ini, saya berdoa agar dapat besarkan Aaisyah dengan sempurna agar dia membesar dengan baik, cerdik dan sihat serta sentiasa dirahmati Allah,” tulis Che Ta sebagai kapsyen.

Aaisyah telah mengenakan kostum bertemakan duyung (mermaid) bersama rakan-rakannya ketika sambutan hari istimewanya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan terhadap Aaisyah serta mendoakan kesejahteraan buatnya.

Berikut adalah foto-foto menarik yang disediakan.

View this post on Instagram

Happy Birthday sayang mummy,, syukur Alhamdulillah Allah kurniakan mummy anak bertuah ni ., sejak dari lahir tak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tgh malam ., walaupun waktu tu dah 17 thn tak beranak kecik , tapi mummy tetap tak rasa mcm ada anak kecik sb aaisyah akan nenen kul 12 mlm dan terjaga pulak kul 7 pg.. betui2 bagi mummy tidoq puaih dlm pantang .. Sempena Birthday Aaisyah yg ke 4 ni , doa mummy supaya mummy mampu besarkan Aaisyah sesempurna mungkin.. dan Aaisyah membesar sbg anak yang baik , cerdik , sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah πŸ™πŸ˜˜πŸ’‹Amin … @aaisyahdhiarana111 . .. . #aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns4 #1/11/2018 #HappyBirthday @aaisyahdhiarana111 . πŸ“· @azmwhb

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Sumber: IG Rozita Che Wan, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *