Izara Aishah Hisham lahir 28 September 1992 atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah ialah seorang pelakon dan model dari Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem.

Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 28 September 1992 di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor dan berdarah kacukan Melayu (ayah) dan Pakistan (ibu), beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik dalam keluarganya.

Pendidikan
Izara mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Seafield 3 dan SK Bukit Indah, seterusnya beliau mendapat pendidikan menengahnya di SMK Cochrane dan SMK Seri Hartamas.

Beliau bekelulusan Diploma Seni Persembahan daripada Sunway University College di Bandar Sunway, Selangor.

Kehidupan peribadi
Sekitar 2014, Izara mula berpacaran dengan Adib Khalid, anak tiri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan anak kepada ahli perniagaan terkenal Khalid Mohamad Jiwa. Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017.

Selain itu, Izara juga bersahabat baik dengan pelakon Kilafairy yang dikenalinya sejak berusia 9 tahun dan sama-sama belajar di sekolah sama di USJ Subang.

Kerjaya
Izara merupakan finalis Dewi Remaja edisi 2009/2010 yang turut disertai oleh Neelofa, Anzalna Nasir, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi dan telah memenangi tempat kedua (naib juara). Izara mula dikenali melalui drama Keranamu Laila dalam slot Zehra di TV3, dam popular menerusi drama Vanilla Coklat yang menggandingkannya bersama Aiman Hakim Ridza.[3] Beliau memegang watak Azlin dalam siri Oh My English! yang disiarkan di Astro TVIQ.

Peranan filem Izara hadir pada 2013 apabila beliau menjadi bintang utama bersama Zizan Razak, Siti Saleha dan Usop Wilcha di dalam filem komedi pasca-apokalips adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku FIXI, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013, mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai peranan pembantu sebagai Pemandu Pelancong dalam filem GangsterockKasiSengat (2015) arahan sulung Soffi Jikan. Izara menjadi bintang utama bersama pelakon senior Zamarul Hisham membintangi drama adaptas novel Cinta Masam Manis untuk siaran di Slot Akasia TV3; beliau memegang watak sebagai Sarah, kepentingan cinta Johan lakonan Zamarul.

Izara memegang watak Eddie dalam filem aksi J Revolusi (2017) lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil dan Fazura. Beliau bersama pelakon cilik Nur QistinaRaisah muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam menerusi telefilem Baby Bro! arahan Ghaz Abu Bakar. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.

Beliau dan Zul kembali bersama dengan menjayakan peranan utama dalam drama Mr. London Ms. Langkawi di Astro Warna, memegang watak sebagai Nana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Oh Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *