Susulan entri Amelina yang meluahkan perasaan di Instagram beliau tentang bagaimana penerimaan anak-anak beliau melihat kemunculan sensasi di pentas Gegar Vaganza 5, secara tiba-tiba salah seorang yang memberi reaksi di ruangan komen adalah anak perempuan beliau sendiri.

Di bawah ini adalah luahan hati Amelina yang beliau kongsi di laman Instagram milik beliau.

” Terkedu sekejab bila salah seorang anak mengirimkan whatsapp artikel mengenai Kaklong ni.. Kaklong tak tau nak jawab mcm mana, nak respon apa. Lama Kaklong diam sebelum reply emoticon senyum, ketawa & muntah hijau je lah.

” Bila Kaklong masuk je #GegarVaganza ni, banyak pulak artikel mengenai Kaklong di internet, kisah lama, gosip dulu2 habis keluar semula..

” Sebelum ni lama juga Kaklong mengambil masa utk explain kepada semua anak siapa diri Kaklong yg sebenar. Amelina yg mereka kenal cuma seorang ibu, tak bekerja & hanya menjaga mereka setiap hari.

” Kantoinya apabila mereka terlihat video Kaklong di youtube, gambar2 di google. Seriously susah nk explain masa tu. Tp apabila Kaklong comeback, barulah mereka faham situasi & keadaan.

” Actually sampai sekarang pun ada ketikanya anak2 Kaklong masih belum 100% memahami. Tapi alhamdulillah si kakaknya anak sulung tu dh besar, 17 tahun dah pun. So dia yg akan cuba fahamkan adik2nya..”

Apa yang menarik adalah, entri tersebut bukan hanya mendapat reaksi dari peminat Amelina, malah dari anak beliau sendiri. Menggunakan nama id @princess_eiraa, beliau turut menulis di ruangan komen;

” sori mmy @amelinaamirsharipuddin adik2 duk tnya, tuh yg akk tnya mmy tuh.. lgi2 si kecik 2 org tuh, dorg tnya “wah kakak btul ker mmy kaya ker dulu” pehtu akk pun jawab “yer.. tapi sebelum kita lahir dulu dik” sbb tkut dorg salah sangka psl article nih.. kang tak pasal2 dorg minta ip ten sorg satu.. hahahh paper pun gudluck mmy. do ur best.. mmy leh wattttt!!”

Komen anak Amelina tersebut telah mendapat reaksi balas netizen yang saling membantu menjelaskan keadaan dan siapa Amelina suatu masa dahulu.

Admin cuba mencari ( untuk berkenalan) siapa gerangan anak perempuan Amelina tersebut yang bernama Eira itu. Difahamkan Eira adalah anak sulung Amelina dan berumur 17. Berikut di bawah adalah gambar-gambar anak sulung Amelina yang memang cantik dan comel!

Jom baca komen antara Eira, Amelina dan netizen
1) sori mmy @amelinaamirsharipuddin adik2 duk tnya, tuh yg akk tnya mmy tuh. lgi2 si kecik 2 org tuh, dorg tnya “wah kakak btul ker mmy kaya ker dulu” pehtu akk pun jawab “yer.. tapi sebelum kita lahir dulu dik” sbb tkut dorg salah sangka psl article nih.. kang tak pasal2 dorg minta ip ten sorg satu. hahahh paper pun gudluck mmy.. do ur best.. mmy leh wattttt!!!

2) amelinaamirsharipuddin@princess_eiraa aiyoooo. hahaha.pandai akk terangkan..klu tak mati laaaaa mmy. penyelamat sungguh ..

3) amelinaamirsharipuddin@iamzaiszain itu kisah lama dik. segan nak citer kat ank2..tp bila dah mereka tanya kita tak jawab dia gi tanya MR GOOGLE. tu kantoi..

4) amelinaamirsharipuddin@katerinanina7462 sereeeem tawuuu nak balik rumah. takut dorang akn senaraikan apa2 yg dorang nak. aiyakkkk. mana mau larikkkk ni.

5) katerinanina7462@amelinaamirsharipuddin hahahaha along lari bilik kakak la sembunyi dlm bilik kakak, nanti nak makan nak minum suruh kakak sediakan bawa masuk bilik..biar kakak yg explain kat adik² dia..kan @princess_eiraa kan?? puteri jawab utk mmy

5) sitihajar_shafie@princess_eiraa akak membesar dengan lagu mummy adik bila dia hilang kami tercari. Bila dia muncul rasa teruja taw! Untung la adk lahir² je mak adk artis taw?

6) iamzaiszain@amelinaamirsharipuddin hehee. kann. mr google kan ada.

7) jom_jadi_founderSy suka kak lina dari zaman sy budak2. masa zaman lagu2 dangdut tgh hits semoga terus maju jaya sis @amelinaamirsharipuddin

8) iamzaiszain@princess_eiraa dulu mommy awk femesss seantero dunia tau. Betul bile mommy awk .. Kak long ilang..kami hanya dengar lagu2 beliau saja. tp rezeki beliau masih di sini.. Peminat beliau masih syg kt beliau mcm dulu. hehehe @amelinaamirsharipuddin

9) assyah.ingalaga@princess_eiraa mmy awk dulu seorg yang hebat. beliau penyanyi yg serba boleh. sejak dr sy sekolah smpi ke uni.. smpi la skrg lagu2 mmy awk sentiasa sy dgr. kak long @amelinaamirsharipuddin xperlu takut tuk berdepan dgn anak2 kak long. mereka penguat kekuatan kak long skrg.. semoga Amelina Ratu Dangdut yg skrg akn jadi sama hebat dengan Amelina Ratu Dangdut yg dulu. semoga kak long diberi kesihatan yg baik sepanjang GV5 nie @amelinasoul @amelina_wiseindoofficial

10) princess_eiraa@katerinanina7462 jadi kejer lagi nak explain lagi. hahahahh.

11) princess_eiraa@sitihajar_shafie alaaaaa. suweeetttt nyaaaaa.. terharu bca.. nahhhh muahhhh cikedddd

12) princess_eiraa@iamzaiszain alhamdulillah. appreciate sgt. tnpa peminat saper lah mmy puteri. tqqqqqq. hehe.

13) katerinanina7462@princess_eiraa hahahha jangan pula puteri ikut buli mmy..kang pengsan pula mmy “mmy²..minta sehengget..nak beli cokolet”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: IG Amelina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *