Ternyata kini, wanita dan lelaki itu mempunyai sifat yang jauh berbeza jika hendak dibandingkan.

Namun dalam sesetengah hal lain seperti hobi, lelaki dan wanita bisa sahaja berkongsi cabang minat yang sama seperti keghairahan terhadap motosikal berkuasa tinggi atau Superbike ini.

Jom lihat siapa dia selebriti wanita Malaysia yang meminati aktiviti menunggang motosikal ‘besar’ ni…

1) Siti Elizad

Siti Elizad dilahirkan pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Sharifuddin Baharuddin dan Nazariah Mohd Salleh (1951-2013), beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya

Ternyata Siti Elizad mempunyai minat terhadap motor berkuasa tinggi. Fizikalnya yang tinggi memang sesuai buat Siti Elizad, nampak lagi mengancam!

sumber : The Gegar

2. Fauziah Latif

Siti Fauziah binti Sheikh Abdul Latiff (lahir 5 Disember 1970) atau juga dikenali sebagai Gee merupakan salah seorang penyanyi terkenal suatu masa dulu. Kelibatnya bukan sahaja lincah di atas pentas malah di jalan raya.

Fauziah Latiff merupakan selebriti wanita yang kerap tampil bersama motorsikal berkuasa tinggi. Sememangnya menyerlahkan lagi keayuan beliau.

3. Linda Onn

Sebelum ini penyampai radio Suria FM, Linda Onn, 34, tidak gemar menunggang motosikal gara-gara dimarahi oleh ibunya kerana jatuh ketika menunggang motosikal secara ‘curi-curi’ sewaktu berusia 13 tahun.

Kini keinginan menunggang motosikal kembali menyerap dalam jiwa Linda dan kali ini beliau menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati 696cc sejak Mac 2010.

4. Dira Abu Zahar

Tiada istilah takut, bahaya mahupun mengalah bagi lima bintang popular Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Lisdawati, Linda Onn dan Datuk Siti Nurhaliza apabila menjadikan aktiviti menunggang motosikal besar sebagai hobi. Bagi mereka aktiviti tersebut memberikan 1001 kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Sememangnya bukan mudah untuk seorang wanita menunggang motosikal berkuasa tinggi sehingga mencecah 1200 cc. Selain berat, ia juga memerlukan seseorang penunggang itu mempunyai tenaga yang kuat untuk menunggangnya kerana jika silap percaturannya, maka motosikal besar itu boleh terbalik dan menimpa pemiliknya.

5. Raja Ilya

Baru sahaja Raja Ilya mengumumkan dia kini sudah bertunang dengan jejaka yang hanya dikenali sebagai TWG. Bagaimanapun, Ilya tidak mendedahkan wajah tunang dan butir terperinci berkenaan majlis pertunangan mereka diadakan di mana dan bila.

Sebelum ini pernah tular sebuah gambar beliau menunggang sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Adakah dia juga peminat superbike? Tidak mustahil jika dilihat dari gaya pemanduannya seperti seorang jaguh jalan raya!

Namun kharbarnya motor KTM beliau telah di curi di car park sebuah baguanan production house damansara perdana.

6. Erra Fazira

Demi minat mendalam terhadap bidang permotoran, primadona filem Melayu, Erra Fazira tidak pernah menjadikan kemalangan dan kecederaan yang menimpanya sebagai batu penghalang bagi meneruskan pembabitannya.

Bagi figura jelita itu, detik cemas dialami apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas hingga masuk ke bawah lori ternyata memberikan kekuatan dalaman bagi meneruskan minat terhadap bidang berkenaan.

7. Janna Nick

Nurul Jannah binti Muner dilahirkan pada 1 Jun 1995 atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012) dan mula dikenali secara meluas menerusi peranan sebagai Nur Jannah dalam siri drama waktu perdana.

Janna pernah dilihat bersama sebuah superbike, namun tidak dapat dipastikan hobi beliau adakah betul-betul terarah kepada bidang permotoran. Namun beliau juga pernah terlibat dalam aksi perlumbaan kereta baru-baru ini.

Jadi tidak mustahil Janna juga berjiwa rider!

8. Lisdawati

Menurut Lisdawati, kenangan yang cukup berbekas ketika itu adalah pengalaman pergi kerja dengan motosikal Yamaha TZM yang dibeli hasil daripada gaji pertamanya.

“Kalau dah naik motosikal, agak kurang sesuai pakai baju kurung. Jadi, saya pakai stail penunggang motosikal lengkap dengan jaket dan seluar kulit, kira rugged ketika itu. Tapi sebelum masuk pejabat saya tukar pakai baju kurung,” beritahunya sambil tergelak kecil.

“Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah setiap pagi sebelum sampai pejabat, saya akan melalui sebuah hotel yang terletak berhampiran pejabat saya. Saya memakai topi keledar yang ada penutup muka, dan pakaian pula rugged. Biarpun orang tahu yang bawa motosikal itu perempuan, saya tetap mahu berlagak macho.

9. Dato Siti Nurhaliza

Bagi penyanyi no 1 malaysia ini, rasanya bukanlah peminatg tegar aktiviti permotoran. Tapi suami dia, yes!

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui masih fobia dan tidak akan mengizinkan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menunggang motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berulangnya kemalangan yang menimpa suaminya di New Zealand pada 13 Disember lalu.

Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk K sebenarnya masih berminat untuk menunggang motosikal berkuasa besar tetapi beliau masih trauma dengan kemalangan tersebut.

Bonus!

Luna Maya… bukan artis Malaysia tapi saja nak kongsi.

Tonton Video Luna Maya Berkongsi Tips Keselamatan Untuk Menunggang Superbike

sumber : hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *