Couple Yang Mempunyai Wajah Sebijik Seperti Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Ini Mengejutkan Orang Ramai

Sekali pandang macam Wawa Zainal & Aeril Zafrel.

Pasangan selebriti romantik Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal terkenal dengan wajah yang sama manis antara mereka. Selain daripada itu, ibu bapa kepada 2 orang cahaya mata ini juga selalu diminati ramai kerana gelagat mesra dan ‘gila-gila’ yang selalu mencuit hati dalam kehidupan mereka.

Jika sebelum ini Aeril Zafrel pernah terpalit dengan kontroversi tentang penyebaran foto tidak senonoh daripada seorang lelaki yang mempunyai wajah seiras dengannya, lain pula cerita kali ini. Baru-baru ini, hangat di media sosial apabila netizen telah menjumpai sepasang kekasih di Malaysia yang mempunyai wajah seiras dengan kedua-dua pelakon tersebut.

Couple Iras Aeril Zafrel-Wawa Zainal

Menurut netizen, raut wajah mereka memang saling tak tumpah dengan pasangan Aeril dan Wawa. Malah jambang yang dimiliki lelaki terbabit sangat menyerupai pelakon drama Cinta Fatamorgana itu, sekaligus membuatkan mereka berdua nampak seperti orang yang sama.

Sama ke tak?

Dalam pada itu, video yang telah dimuatnaik oleh wanita itu tiba-tiba mendapat banyak reaksi daripada netizen, menyebabkan ada pihak yang menasihatinya agar tidak terlalu mendedahkan identiti kekasihnya. Hal ini kerana lelaki tersebut pasti menjadi buruan ramai wanita kerana persis dengan Aeril Zafrel.

Kat luar dah lah ramai perempuan gatal…

Ni ke kembar Aeril…u should hide him sistur…

Sekali pandang macam Wawa Zainal & Aeril Zafrel!

Sumber: Twiiter nabilahalem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *