Biasala.. dalam ramai2 mesti ada sorang yang tak betul. Hahaa

Persembahan tarian dalam sesebuah majlis pasti menjadi satu acara yang dinanti-nantikan semua penonton. Persembahan-persembahan seperti ini diyakini mampu memberikan hiburan dan keserian dalam sesebuah acara majlis. Kerana itulah setiap persembahan seperti ini sering mendapat sambutan gemuruh daripada semua yang ada pada masa itu.

Sebuah video menunjukkan persembahan tarian oleh sekumpulan penari di sebuah stadium dari luar negara telah menjadi perhatian dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia. Persembahan tersebut kelihatan unik dan menarik apabila kostum yang bervariasi warna dipakai semua penari tersebut menutupi tubuh mereka sepenuhnya.

Menjadi lucu apabila salah seorang daripada penari tersebut yang memakai kostum berwarna ungu tidak membuat pergerakan yang seragam dengan semua peserta lain.

Dah macam orang hilang pedoman
Pada awalnya, pergerakannya masih lagi seragam dengan penari lain, namun apabila terlanggar dengan penari di hadapannya, dia mula ‘hilang arah’. Ditambah pula dengan kostum yang menyelubungi diri sepenuhnya, membuatkan dia sukar melihat lalu pergerakannya jadi berbeza dengan yang lain.

Pelbagai komen lucu diberikan netizen yang terhibur dengan video itu. Ramai yang menyatakan kelakar dan ketawa tanpa henti menonton aksi dalam video tersebut.

The fact dia try masuk balik is the best. Dah macam hilang pedoman budak tu.Aku ketawa sampai terbatuk2 terus semput.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: NuridayuMK dan malaysianhijjabi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *