Sebelum ini adik kepada pelakon jelita Fathia Latiff iaitu Fasiha Latiff telah mendapat gelaran Doktor apabila baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di usia 25 tahun.

Terbaru, tiba giliran Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha iaitu adik-beradik kepada pelakon comel Sharifah Amani pula untuk meraikan kejayaan dan pencapaian mereka dalam bidang seni persembahan dan media.

Beberapa posting yang diraikan sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di di University of South Wales, United Kingdom itu telah dimuat naik ke laman Instagram masing-masing.

View this post on Instagram

Stay enthusiastic 😉

A post shared by Sharifah Aryana (@yana.alyahya) on

Rata-rata para pengikut di laman Instagram tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan yang amat membanggakan kedua ibu bapa dan ahli keluarga mereka itu.

Sumber: Ig yana Alyahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *