Siapa sangka, selepas beberapa bulan putus cinta dengan Zul Ariffin ternyata pelakon cantik Zahirah Macwilson sudah move ondan kini hangat diperkatakan dia sudah bertemu pengganti baru.

Desas-desus mengatakan beliau sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani.

Ini kerana kedua-duanya terlihat sering mempamerkan momen bersama di Instagram masing-masing.

Tertanya-tanya siapakah jejaka ini yang disebut-sebut sebagai kekasih baru Zahirah? Berikut Hangat.com rangkumkan foto-foto dan sedikit info jejaka segak ini.

Iruwan ternyata bukanlah asing dalam dunia hiburan. Jika dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik dalam Instagramnya, Iruwan sering bersama rakan-rakan artis di Indonesia seperti Bunga Citra Lestari, Judika, Ahmad Dhani, Luna Maya dan ramai lagi.

Pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom ini kini mengembangkan empayar perniagaan yang dimiliki oleh keluarganya, Nizra Groupke peringkat yang lebih tinggi.

Nik Iruwan memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Hamza Motors Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Nik Iruwan yang pernah beraksi sebagai pelumba litar Formula negara, meneruskan minatnya dalam sukan permotoran melalui syarikat Nizra Motorsport dan telah terlibat dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008.

Anak sulung daripada empat adik-beradik ini juga merupakan Presiden Persatuan Orang Muda Kota Bharu, Kelantan iaitu bertanggungjawab dalam membangunkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di negeri itu.

Betul ke mereka sedanga hangat bercinta? Jika benar, kami harap hubungan Zahirah kali ini berkakhir ke jinjang pelamin. Sudah pastinya ramai peminat Zahirah mendoakan yang terbaik buat dirinya.

kredit: Hangat.com

Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *