Adakah anda sebagai ibu pernah mendengar ekspesi, melahirkan bayi lelaki lebih menyakitkan dari ketika melahirkan bayi perempuan? Dari fakta, perkara ini bukan sekadar mitos, anda tahu.Kajian telah membuktikan, perbezaan alat kelamin bayi menyebabkan rasa sensasi perasaan berbeza semasa melahirkan. Berikut penjelasan lengkapnya, memetik jagathawa.com:

Mengapa melahirkan bayi lelaki lebih sukar

Jurnal Pediatric Research menerbitkan artikel yang berdasarkan sebuah kajian di San Cecilio Clinical Hospital of Granada. Javier Diaz Castro dan Julio Ochoa Herrera mengetuai kajian ini, mereka bekerjasama dengan jabatan psikologi di University Granada.Kajian ini ialah kajian pertama yang dilakukan untuk membuktikan sebab melahirkan anak lelaki lebih sakit berbanding melahirkan bayi perempuan. Dalam kajian ini, yang mengkaji data daripada 56 ibu yang sihat. Dari 56 orang yang mereka kaji, 27 para ibu melahirkan anak lelaki dan 29 ibu yang lain melahirkan bayi perempuan.

Selepas mereka melahirkan, doktor menganalisa kerosakan pada tubuh ibu. Mereka mendapati, biomolekul pada ibu-ibu yang melahirkan bayi perempuan mempunyai tahap kerosakan yang lebih minimum.Kajian mengungkapkan juga bahawa melahirkan bayi adalah lebih sakit daripada melahirkan bayi perempuan.

Javier dan Julio berkata, analisa mengungkap fakta menarik mengenai proses mengandung dan melahirkan anak. Juga kaitan antara jenis alat kelamin dan risiko yang boleh berlaku ketika melahirkan bayi. Ia juga boleh menjejaskan pertumbuhan bayi, daya tahan penyakit dan harapan buat si kecil.

Kenapa melahirkan bayi lelaki lebih sakit?

Para penyelidik menyimpulkan bahawa jantina seorang bayi boleh mempengaruhi proses persalinan. Mereka menjelaskan kenapa ada perbezaan melahirkan bayi lelaki lebih sakit daripada bayi perempuan.Salah satu sebab, ialah kerana bayi perempuan mempunyai keupayaan untuk menangani tekanan stres. Penyelidik juga mendapati, sistem enzim dalam yang ada di dalam tubuh janin perempuan telah matang apabila mereka bersedia untuk dilahirkan. Mencipta penghalang bagi bantu mencegah kerosakan sel pada bayi perempuan.

Selain itu, dalam tubuh bayi perempuan juga didapati antioksidan pertahanan bekerja lebih baik daripada dalam tubuh seorang bayi lelaki. Ini juga melambatkan untuk merosakkan membran sel apabila bayi perempuan dilahirkan. Juga meningkatkan metabolisma sel dalam badan.Dan buat si ibu, kelebihan yang dimiliki bayi perempuan ini juga mengurangkan risiko ibu mengalami keradangan dan beranak tidak terlalu sakìt. Melahirkan bayi lelaki lebih sakit, apa risikonya?

Dr. Petra Verburg dari Robinson Research Institute dari University of Adelaide di Australia berkata, “Jantina seorang bayi mempunyai pengaruh langsung terhadap komplikasi yang terjadi selama kehamilan.” Berikut ini adalah kemungkinan komplikasi yang terjadi bila si ibu melahirkan bayi lelaki, berdasarkan beberapa kajian yang pernah dilakukan. Bayi lelaki dapat lahir lebih awal dari HPL yang telah dikirakan. Hal ini boleh menyebabkan banyak komplikasi pada bayi. Bayi lelaki lebih mudah untuk lahir tidak cukup bulan. Peluang kelahiran pramatang antara minggu ke-20 dan minggu ke-24 adalah 27% lebih tinggi. Sedangkan kelahiran bayi pramatang antara minggu ke 30 dan minggu ke-33 adalah 24%. Dan kelahiran pra-matang antara minggu ke-34 dan minggu ke-36 sebanyak 17%.

Ibu hamil bayi lelaki lebih terdedah terkena diabetes gestasional, preeklampsia, dan tekanan darah tinggi semasa persalìnan. Ingat selalu untuk secara rutin berjumpa dengan doktor, dan memeriksa keadaan kesihatan anda setiap bulan. Terapkan pola hidup sihat semasa tempoh hamil untuk mengurangkan risiko-risiko dì di atas.

Mudah-mudahan berguna. Kongsikan kepada sahabat handai dan kaum keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *