Dua orang personaliti TV muda ini bakal menjadi pelapis baru dalam dunia pengacaraan. Hawa Rizwana, wanita yang menjadi tular gara-gara wajah seiras aktres popular Neelofa akhirnya muncul di kaca TV menjadi penyampai berita TV9 semalam.

Manakala hari ini pula menjadi giliran anak Allahyarham personaliti TV3 Aziz Desa iaitu Mas Zharif Zhafri manggalas tanggungjawab sebagai pembaca berita.

Sebelum ini, laporan dari Mstar, Zharif berkata, dia bersyukur apabila diberi peluang untuk menyambung legasi bapa yang menjadi inspirasinya selama ini.

“Saya memang rapat dengan ayah dan sering menemaninya pergi bekerja, malah menjadi pemandunya ketika arwah sakit.

Dalam laporan Harian Metro, Zahrif turut merasa terkilan kerana arwah ayahnya tidak sempat saksikan dia menjadi pembaca berita.

“Saya belum cukup berbakti kepada arwah ayah kerana sebahagian dirinya tidak percaya saya mewarisi bakatnya. Nampaknya, dia tidak sempat tengok saya jadi pembaca berita. Namun, dia sempat tengok saya berlakon,” katanya.

Hawa Rizwana juga generasi kedua penyambung legasi bapanya dalam dunia penyiaran iaitu bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) sekitar 90-an, Ahmad Redzuan Abdul Rahman.

Saksikan mereka berdua menghiasi berita TV9 sebagai pembaca berita.

sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *