Umum mengetahui pelakon dan pelawak, Zizan Razak merupakan seorang selebriti yang cinta akan sukan permotoran.

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa Zizan selalu berkongsi mengenai minatnya itu bersama pengikutnya di media sosial.

Terbaru, Zizan ada memuat naik sebuah video yang memaparkan pelakon tersebut sedang memandu uji jentera barunya Yahama Y150 yang telah siap dimodifikasi.

“Nah belanja willie dan corner sikit. Demi menunjukkan marah dan hampa dengan tergoleknya Valentino Rossi di litar sepang hari ini,” tulisnya.

Video tersebut turut menunjukkan Zizan melakukan aksi willie di atas jalan raya.

Entri tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan setakat ini dan turut dihujani komen yang rata-ratanya daripada golongan mat moto.

Dalam pada itu, mereka turut terhibur dan berasa kagum dengan perkongsian Zizan itu.

Selain Zizan, antara selebriti lain yang turut meminati motosikal berkuasa tinggi antaranya Johan, Alif Satar, Sharnaaz Ahmad dan Ray Era.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Foto: Zizan Razak

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *