Bagi pasangan yang sudah berkahwin, menanti detik-detik kelahiran bayi pertama adalah hal yang sangat mendebarkan.

Ramai yang tak tahu ada beberapa orang artis tanah air yang masih menunggu kelahiran buah hati.

Selain isteri Fizz Fairuz yang sekarang sedang mengandung anak ketiga, ada ramai artis lain yang sedang mengalami hal sama. Jadi kami di sini kongsikan antara barisan selebriti yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi.

1. Almy Nadia

Datuk Fizz Fairuz dan isterinya yang juga seorang pelakon, Datin Almy Nadia kerana bakal menimang cahaya mata yang ketiga tidak lama lagi.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Fizz menerusi akaun Instagramnya.

Menurut perkongsiannya, Fizz telah memuat naik gambar ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif dan di ruang kapsyen pula pelakon ini menyatakan bahawa ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinannya yang keempat dengan isteri tercinta.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pasangan itu turut memiliki dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 tahun dan Nur Aurora, 2 tahun.

2. Mawar Rashid

Khabar ini baru sahaja diumumkan oleh Mawar Rashid, yang kini hamil dua bulan. Mawar yang mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya, baru-baru ini, turut mengharapkan semua pihak dapat mendoakan semoga bayi yang dikandungnya itu sihat, cukup sifat dan dipermudahkan ketika bersalin nanti.

3. Niena Azman

Gitaris kumpulan rock Kristal, Rody yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi setelah isterinya, Niena Azman disahkan hamil Julai lalu. Rody mengumumkan berita itu dengan penuh perasaan teruja menerusi akaun Instagramnya.

4. Betty Rahmad

Pelakon Betty Rahmad mengumumkan dia kini sudah hamil tiga bulan sekali gus memuat naik video kejutan kepada suaminya, Ardy Damis.

5. Hanis Zalikha

Berita gembira mengenai kehamilan Hanis telah disahkan sendiri Hairul semalam menerusi akaun Instagram nya. Nampaknya tidak lama lagi kanak-kanak paling popular ini bakal menjadi seorang abang.

Ahamdulillah , insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik #RezekiMilikALLAH thank you Allah

Jawapan tersebut telah pun terjawab selepas berita gembira tersebut dikongsi oleh Hairul. Rata-rata netizen begitu gembira dengan khabar berita tersebut dan mendoakan kesihatan Hanis dan kandungannya. Tahniah diucapkan!

Semoga semuanya lancar sehingga bersalin ya, amin!

sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *