Selain wakil ratu cantik dari Filipina dan Thailand, ratu dari India juga sering kali diberi perhatian ramai dek kecantikan dan kepintaran mereka.

Malah apa yang lebih menarik, ada di antara pemenang atau wakilnya turut menjadikan pertandingan ratu cantik sebagai platform untuk menceburkan diri dalam dunia perfileman di Bollywood hingga menjadi antara pelakon bertaraf superstar di negaranya!

Jom kenali siapa di antara mereka.

1. Zeenat Aman

Dilahirkan pada 19 November 1951, aktres legenda kelahiran Bombay ini telah berjaya menempa nama yang bukan calang-calang di Bollywood. Malah, namanya turut sinonim di negara ini menerusi beberapa buah filem popularnya seperti Satyam Shivam Sundaram dan Roti Kapda Makan. Sementara dalam dunia ratu cantik, dia merupakan wakil Asia Selatan pertama yang memenangi gelaran Miss Asia Pacific.

2. Juhi Chawla

Terkenal dengan lirikan senyuman manis, Juhi menjadi antara nama yang paling dikenali pada era kegemilangannya di samping Kajol, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor dan ramai lagi. Bintang yang dilahirkan pada 13 November 1967 ini juga dahulunya merupakan pemenang Miss India pada edisi 1984. Siapa yang boleh lupakan aksinya di dalam beberapa buah filem blockbuster seperti Mr and Mrs Khiladi kan?

3. Aishwarya Rai

Dikenali sebagai antara figura paling berpengaruh di India, bekas Ratu Cantuk Dunia 1994 ini terus unggul di pentas perfileman Bollywood apabila satu demi satu filem lakonnya mencapai kutipan box-office, sekali gus menjadikannya sebagai pelakon wanita termahal pada ketika itu. Sepanjang pengilbatannya dalam dunia seni setakat ini, Aishu sudah pun memenangi beberapa anugerah seni di Bollywood, termasuk Anugerah Padma Shri yang dianugerahkan buatnya dari kerajaan India.

4. Sushmita Sen

Selain Aishu, tahun 1994 mencipta gemilang tersendiri dalam bidang ratu cantik di India apabila seorang lagi wakil mereka, Sushmita Sen turut dinobatkan sebagai Miss Universe. Berjaya mengalahkan puluhan ratu lain, Sushmita seterusnya mengorak langkah sebagai pelakon usai mememangi anugerah tersebut. Dua tahun lalu, dia turut dijemput oleh organisasi ratu sebagai juri Miss Universe 2016.

5. Priyanka Chopra

Bekas pemenang Miss World 2000 ini juga menjadi antara aktres paling popular sehingga kini. Pernah direkodkan sebagai antara 100 individu paling berpengaruh, Priyanka kini turut gigih mencipta nama di Hollwood.

6. Lara Dutta

Larra nama nama lengkapnya, Lara Dutta Bhupathi dilahirkan pada 16 April 1978 merupakan pemenang Miss Intercontinental 1997 dan Miss Universe 2000. Selain menjadi pelakon, Lara turut aktif sebagai model dan juru cakap.

7. Dia Mirza

Namanya mungkin kurang dikenali di negara ini. Bagaimanapun, Dia nama lengkapnya, Dia Mirza Sangha pernah menjadi pelakon yang mencipta perhatian sekitar tahun 2000. Dia merupakan pemenang Miss Asia Pacific 2000 dan turut aktif dalam dunia kebajikan misalnya kesedaran mengenai HIV, pesakit kanser, perlindungan haiwan dan sebagainya.

8. Namrata Shirodkar

Aktres yang dilahirkan pada 1 Mac 1972 ini pula pernah dijulang sebagai juara Femina Miss India pada tahun 1993 dan di peringkat Miss Universe, Namrata diumumkan sebagai pemenang kelima. Antara filem lakonannya ialah Pukar, Astitva, Dil Vil Pyar Vyar dan banyak lagi.

9. Gul Panag

Berkelulusan Master dalam bidang Sains Politik dari Universiti Panjab, Gul dilahirkan pada 3 Januari 1979. Bekas Ratu Cantik India 1999 ini turut aktif berlakon sejurus ditabalkan sebagai Ratu India. Antara filem yang menampilkan aktres setinggi 5 kaki 6 inci ini ialah Dhoop dan Jurm

10. Nuha Dhupia

Sejurus memenangi pertandingan Femina Miss India 2002, pelakon tinggi lampai ini mewakili India di Miss Universe tahun sama yang dilangsungkan di Puerto Rico sekali gus dinobatkan sebagai top 10 menerusi pertandingan tersebut. Selain terlibat dalam filem-filem Hindi, Nuha turut aktif berlakon dalam produksi Telegu dan Malayalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *